Katalog Terbaru
Sempena Maulidil Rasul - 12 R'Awal 1428H / 30 Mar 2007

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami

Umrah & Haji (Akan Datang)


Katalog : #13 - TERBARU
Kod Pesanan : AA247-248-249
Harga bagi 3 kaset : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.


ORANG KITA PINTU TAUBAT

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA247 Tajuk : Orang Kita Pintu Taubat oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad kali ini menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan yakni membicarakan tafsir Surah Al-Qasasr.


Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad kali ini dimulaikan dengan sebuah kisah seorang al-tabbien yang bernama Zir bin Habaisy, iaitu kawan baik kepada Abdullah bin Mas'ud. Zir bertanya berkaitan dengan hukum dan bagaimana cara mengambil wuduk ketika memakai Khuf (Khuf adalah kasut yang diperbuat daripada kulit).


Mengapa orang Islam di zaman ini sangat sombong dan menunjuk-nunjuk? Padahal, nabi tidak pernah berbuat begitu?


Persoalan yang kedua adalah berkaitan orang yang cinta kepada orang lain.


Kisah seterusnya adalah berkaitan pengajaran "adap-adap yang boleh diambil dari kisah seorang Badwi yang memanggil Nabi Muhammad s.a.w dengan cara tidak beradab. Ikutilah kisah ini dari kaset Ust Shamsuri Hj Ahmad kali ini. Dan juga, apakah yang kita perolehi dari memahami hadis dan kisah diatas.


Ustaz Shamsuri Hj Ahmad juga menjelaskan betapa luasnya pintu taubat di sisi Allah kepada semua manusia. Apakah keistimewaan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan?


Di dalam kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad kali ini juga mempertikaikan "Makhluk Jenglot". Siapakah Makhluk Jenglot ini?


Adalah amat memeningkan apabila majoriti orang Islam TIDAK menyokong segala saranan dari Al-Quran sendiri. Ditambah pula puak-puak majoriti ini mendakwa saranan tersebut TIDAK betul!! (yakni menyanggahi Al-Quran dan Hadis!!). Bagaimana penjelasan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad di dalam soal ini?


"Inilah yang berlaku kepada Nabi s.a.w sewaktu di Mekah dulu sewaktu menghadapi puak-puak yang tidak mahu pada Islam. Mereka memberi seribu satu alasan" terang Ust Shamsuri Hj Ahmad.


Hukuman yang Allah tetapkan adalah hak mutlak Allah ta'ala sahaja! Tiada siapa yang berhak mempertikai atau ingin meminda. Contohnya, hukuman kepada penzina! Bagaimana Ustaz Shamsuri Hj Ahmad menjelaskan perkara-perkara yang penting sebegini?



Sama-samalah mendengar dan mengambil iktibar setelah mendengar kuliah selama lebih kurang sejam ini.


Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad sendiri. Insya Allah



TAHUN JAMES BOND

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA248 Tajuk : Tahun James Bond oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Kitab yang digunakan pada kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad pada kali ini adalah kitab Bahrul Mazi karangan Sheikh Al Marbawe Jilid 17 halaman 182.


Tajuk yang berkaitan hadis yang suruh diam daripada berkata-kata yang tidak berfaedah dan tidak mendatang maslahaah dunia dan akhirat.


Terang Ustaz Shamsuri Hj Ahmad, jika perkara mudah ini tidak diambil berat, seseorang manusia akan dibenci di dunia mahupun di akhirat.


Diam itu adalah ibadah daripada bercakap perkara yang sia-sia, ujar Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.


Seterusnya Ustaz Shamsuri Hj Ahmad menjelaskan bagaimana yang dikatakan masyarakat hari ini mengalami kerosakan?


Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad juga kali ini menyentuh berkaitan kematian seorang kanak-kanak Sarawak Malaysia yang berumur 12 bernama Daniel. "Siapakah yang sebenarnya bersalah di atas kematian budak ini? Adakah masyarakat yang bersalah? Atau kerajaan yang bersalah?", ujar Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.


Dalam kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini juga ada menerang sebuah Hadis Nabi Muhammad saw yang memberitahu kepada sahabat yang bernama Abu Zar tentang ibadat yang mudah tetapi amat berat dan susah untuk dilakukan. Bagaimana sanad hadis tersebut?


Tajuk pengajian Ustaz Shamsuri Hj Ahmad seterusnya adalah bab yang menerangkan layanan tetamu. Tetamu yang datang ke rumah akan diberi ganjaran pahala yang besar jika tuan rumah memberi layanan yang baik.


Di akhir kuliah, Ustaz Shamsuri Hj Ahmad mendakwa bahawa terdapat ramai orang yang mengalami sakit jiwa di dunia hari ini. Bagaimanakah dakwaan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini benar?




Untuk mendapat jawapan diatas, ikutilah kuliah kaset Ustaz Shamsuri Hj Ahmad siri kali ini. InsyaAllah, persoalan-persoalan di atas akan terurai.



MUSIM TAK MENENTU

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA249 Tajuk : Musim Tak Menentu oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan perihal surah Qaf, Makkiyah mukasurat 110.


Keistemewaan Surah Qaf ini ialah Nabi saw suka membaca setiap kali raakat pertama sholat Subuh dan juga sholat hari raya.


Setiap kali berkhutbah Jumaat, Nabi saw juga mengambil petikan ayat-ayat dari Surah Qaf. Ini menunjukkan Nabi saw suka membaca surah ini apabila berhadapan dengan orang ramai. Mengapa?


Antara intipati dari Surah Qaf ini adalah


Pertama, ia banyak memperkatakan kejadian-kejadian manusia. Contohnya, sifat manusia dari jahil kepada cerdik pandai ataupun bermula dari miskin kepada kaya.


Kedua, surah ini juga menceritakan nikmat-nikmat di dunia ini adalah kurniaan Allah. Apakah nikmat-nikmat tersebut.


Ketiga, surah ini menyatakan hari kebangkitan di mana setiap manusia akan dihisab timbangan amalan mereka tanpa dikecualikan.


Seterusnya, Ust Shamsuri Hj Ahmad mempersoalkan bahawa setiap rumah orang Islam menyimpan Kitab Suci Al-Quran. Akan tetapi orang Islam hari ini TIDAK menyimpan isi kandungan Al-Quran di dalam hati masing-masing apatah lagi menjunjunginya. Kadangkala tidak menerima butiran isi kandungan Al-Quran ini. Kadangkala menempelak atau mengkritik butiran isi kandungan Al-Quran ini pula.


Apakah setuju apabila dikatakan hampir semua orang tidak suka mendengar perkataan "NERAKA"?


Dan juga cerita orang mati akan dihidupkan semula. Mereka ini mungkin akan berkata "What's a NONSENSE?" - yakni cerita tubuh manusia akan dimamah ulat dan tanah. Walau bagaimanapun terdapat juga cerita dimana jazad manusia yang tidak reput! Ikutilah cerita selanjutnya.


Terdapat juga hadis-hadis Nabi saw berkaitan dengan amalan yang mudah diamalkan.


Ust Shamsuri Hj Ahmad ingin mengajak umat Islam di Malaysia khususnya berfikir. Jikalau lebuhraya MRR2 yang mempunyai banyak tiang-tiang konkrik boleh retak dan runtuh, mengapa langit yang tidak bertiang tidak runtuh sehingga ke hari qiamat?


Terdapat juga hadis yang menceritakan Nabi saw mengambil sebatang ranting kayu dan membuat garisan lurus dihadapan para sahabat. Apa yang Nabi sabdakan selepas membuat garisan lurus tersebut?


Ust Shamsuri Hj Ahmad juga menimbulkan persoalan apakah terdapat nasib yang baik di dalam peristiwa banjir yang berlaku di Johor baru-baru ini?


Selain itu, Ustaz Shamsuri Hj Ahmad juga ingin berkongsi ilmu bagi mengenalpasti kejadian-kejadian TSUNAMI yang bakal menimpa sesuatu kawasan dan juga bagaimana yang dikatakan gempa bumi.



Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ustaz Shamsuri Hj Ahmad sendiri.


Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan "Kod Pesanan" dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.





Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.