..::Welcome to Forever Friends::..

 

Tips Menjadi Popular di Kalangan Rakan

Artikel 2

Page 2

Bicara penuh semangat

Jangan malu-malu untuk memulakan perbualan. Pilih topik yang menarik untuk dibincangkan dan cuba hindari topik yang membosankan. Orang yang mempunyai semangat yang tinggi ketika berbicara biasanya mempunyai ramai rakan kerana cara mereka itu memudahkan orang lain untuk mendekati mereka.

Berketrampilan

Penampilan diri mesti hebat atau 'baik mata memandang'. Imej diri perlu dijaga. Jangan mempunyai imej yang buruk atau tidak senonoh. Sudah pastilah rakan-rakan kita akan mengelakkan diri dari kita sekiranya kita membawa imej penyangak, penagih dadah atau perompak! Imej yang baik akan menyebabkan ramai rakan suka mendampingi kita. Memang ada pepatah Inggeris mengatakan 'don't judge a book by it's cover' namun secara umumnya imej luaran individu menjadi cerminan kepada personaliti dalamannya. Jadi sekiranya imej anda agak buruk, eloklah ditukar segera...

Ketawa penawar jiwa

Jangan biarkan rakan kita bersedih. Malah jangan pula menambahkan kesedihan mereka. Sedapat-dapatnya, cuba riangkan suasana. Cuba hiburkan rakan kita yang bersedih itu supaya dia kembali ceria. Sesungguhnya ketawa itu penawar segala kekesalan hati. Jadi ketawalah ha ha ha ha... Tapi jangan pula buat lawak bodoh atau cuba menandingi Senario di depan rakan-rakan kita yang bersedih. Ini kerana sekiranya tersilap haribulan, rakan kita rasa seolah-olah kena perli dan kita kena penampar percuma...

Muka biar manis

Jangan sentiasa bermuka masam atau simpan muka 'nak cari gaduh'. Secara umumnya kita akan menghindari rakan-rakan kita yang 'moody' atau kepala angin atau suka marah tak menentu. Sentiasalah berwajah manis dan ceria. Rakan-rakan kita akan turut berasa gembira apabila menghampiri kita. Jadi senyum-senyumlah selalu. Tapi jangan pulak kalau semasa bersendirian pun kita tersenyum-senyum seorang diri. Ini akan menyebabkan lagilah orang sukar menghampiri kita... takut entah-entah dah gila. Begitulah adanya.

Tips Menjadi Orang Yg disukai...

Page

Main Menu :: Contact ME :: Sign MY GuestBook :: FRENZcities Forum

Semua artikel yang terkandung di dalam INFOTIPS adalah hakmilik penulis asalnya dan sebagai bahan bacaan sahaja. Terimakasih..  

 

 

.. Let's SHOUT OUT ..
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

ADVERTISEMENT

MUSIC VIDEOS

Catch GREAT MUSIC

..:: ENTER HERE ::..

Salam Sayang dari saya: Aida Akca

Feel free to e-me at aida_akca@yahoo.com.sg

 

This site is © Copyright Merihnet.com 2006-2007, All Rights Reserved.