Ħ Ħ

 

Home        Profile        Portfolio        Masterpiece        Guestbook        Links

 
 

Ħ 1st timer Ħ

 

WIZURAI the official website - Website peribadi yg pada asalnya dibina utk mengumpulkan semula karya² Wizurai yg pernah disiarkan di majalah.

Namun, sehingga kini usaha itu belum kesampaian. Dan kini, ia dijadikan blog utk dirinya...

Selamat melayari tanpa was-was kerana kita semua Peng-Yu!

Dah kena ceroboh kali!

aku ngan awekz aku...

Wizurai Inc.          Wizurai Studio

Ħ daily blog Ħ  :: offline, but that can't stop...
 
[baca] 24 Mei 2004 Email dari Penyampai Radio?

Entah, aku bukan percaya sangat pasal benda ni. Sejak aku guna domain wizurai.com ni, sering aje aku terima e-mail spam ni...

Dan yg terbaru sekali, aku terima pulak e-mail yg menggunakan alamat deejay Radio Era, Fara Fauzana. E-mail tu siap attach file lagi, bile aku scan, memang ada virus la. Dah agak... sebab sebelum ni aku ada baca blog orang lain, dia pun dpt e-mail camtu yg menggunakan e-mail nana@era.fm...
 

 
 
 
[tutup] 23 Mei 2004 Grand Prix Monaco

Urghh! Perlumbaan kat Litar Monte Carlo kali ni sungguh menarik sebab byk adegan kemalangan yg berlaku... Buat kali pertama Schumacher gagal menghabiskan perlubaan sejak kali terakhir kemalangan menimpanya pd GP Brail pd pril tahun lalu. Semuanya disebabkan dia dilanggar Montoya ketika kereta keselamatan berada didepannya.

Result perlumbaan:
1st: J
arno Trulli (Renault)
2nd: Jenson Button (B
AR Honda)
3rd:
Rubens Barrichello (Ferrari)
 

 

 
 
[tutup] 20 Mei 2004 Penderaan paling kejam

Kisah penderaan ke atas seorang pembantu rakyat Indonesia, Nirmala Bonat, 19 tahun,  semalam menjadi tajuk utama di akhbar. Dia dizalimi tanpa hati perut - dijirus air menggelegak, ditekap seterika panas, dipukul dgn besi berbara, adalah perbuatan yg melampaui batas nafsu. Haiwan pun tidak bertindak begitu kejam.

Dia yg datang dgn harapan mencari rezeki yg halal, diperlakukan seperti binatang. Dia melecur pada kedua² buah dadanya akibat ditekap dgn seterika panas. Bahagian belakang badannya melecur teruk disiram air panas, begitu juga kedua² belah tangannya melecur akibat direndam dlm air yg panas.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Seorang pembantu rumah yg mencuci punggung anak kita dan bermanja dgn mereka - sanggup diperlakukan seperti binatang?


 

 
[tutup] 17 Mei 2004 Suka sama suka

Ni minggu ke-3 aku bekerja kat kiosk hot dog tu... Seperti selalu, aku akan sampai 1/2 jam lebih awal (atau lebih...) dari masa aku masuk keje (w/pun takde sistem punch card)... aku sempat melilau sekeliling kawasan Jalan TAR dan Jalan Masjid India... sekadar mengambil tau perkembangan semasa...

Masuk keje, aku buat aktiviti biasa utk opening... kira stock, potong bawang, steamkan sosej dan 2 - 3 perkara lagi... kemudian datang sorang mamat yg keje KFC (stall kiosk ni depan restoren KFC), tanya aku nak tukar meal tak... Maksudnya, meal utk lunch yg aku dpt free tu tukar suka sama suka dengan lunch meal dia... Mula² aku agak keberatan jugak, sebab meal KFC tu lagi mahal dibandingkan dgn meal hot dog aku tu, tapi dia kata dia pun sebelum ni pernah buat ngan budak kiosk sebelum ni... dan dia jugak ada tukar meal ngan budak Kenny Rogers sebelum ni jugak... So, dah dia kata camtu, aku tak kisah le... (Oh ya, dia perkenalkan diri sebagai Pak Uteh, dan awek dia Mak Uteh... ewah ewah ewah... bukan main lagi!)

Lunch aku arini ni makan ayam goreng Tom Yam KFC, kentang goreng ngan bun... W/pun aku dah muak dgn ayam KFC ni, aku telan jugak memandangkan aku memang tak lunch makan nasi sebab budget! (camne la nak naik berat badan aku ni???)

Okeh, tu la cite aku pasal keje arini... lain kali aku cite lagi yer!
 

 
[tutup] 16 Mei 2004 Everest ditawan lagi

Sekali lagi Malaysia mencipta sejarah apabila 2 mahasiswa UiTM Shah Alam, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan Rozali berjaya sampai ke puncak Gunung Everest setinggi 8,848 meter pada pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Ini menjadikan mereka pelajar pertama universiti dari Asia Tenggara sampai ke puncak tersebut. Syabas!
 

 
[tutup] 15 Mei 2004 Lepaq kat CC

Memandangkan aku tak berkerja arini, aku dah plan awal² nak pegi CC... dan aku terpaksa peruntukkan lebih masa kat CC nak blaja guna WS FTP...

1st step, aku download FTP tu kat pc CC tu... tak sangka aku berjaya download... dgn artikel yg ada kat internet, aku blaja guna WS FTP ni... berjaya gak! Satu percapaian yg baik aku rase sebab sebelum ni aku guna FTP biasa kat Geocities aje... Sebabnya, pc aku tak di connect ke internet, nak upload file ke website pun susah, sebab tu aku guna Geocities aje, kat mana² pc kat CC bley upload file...

Aku curi² masa yg ada buat avatar utk Y!M Beta tu... sampai ada yg kata avatar aku tu lawa (korang tgk sendiri la...) Sempat gak aku chat ngan Dron, Eddie dan sorang minah architect...

Forum ex-kolej aku pun dah ada ahli baru yg nampak gaya cam bley active aje... asyik tanya aku macam²... aku rase satu perkembangan yg bagus!

Balik rumah rase mengantuk aje... maybe sebab bangun awal pagi td sebelum tgk Dragon Ball... ingat nak tido je tp dah Asar pun, tak jadi la... :p
 

 
[tutup] 09 Mei 2004 Grand Prix Sepanyol

Cam yg sudah² gak, si budak Michael Shumacher yg menang kat Litar Catalunya ni. Nak buat camne kan... dah yg lain tu terkedek² aje dok mengejar dia...

Tapi, masa mula² nak start tu, penonton disajikan ngan aksi 'orang giler' yg berlari sambil mengibar bendera setelah dia berjaya memboloskan diri masuk dlm litar... Camne la bley terlepas...

Result perlumbaan:
1st: Michael Schumacher (Ferrari)
2nd:
Rubens Barrichello (Ferrari)
3rd:
Jarno Trulli (Renault)


 

 
[tutup] 07 Mei 2004 Macam tin sardin

Masuk hari ketiga aku berkerja kat kiosk hot dog ni, nampaknya dah bertambah cekap w/pun customer datang bertalu²... kira bolehlah nak ambik order dgn jayanya...

Balik, ingatkan boleh sampai rumah awal... sekali bas pulak yg lambat... pulak tu ramai btol penumpang tak macam hari² lain... penuh cam tin sardin... merasa balik aku suasana yg dah lama aku tinggalkan sejak ada kemudahan LRT kat rumah aku...

Malam ni ada pasar malam, bley la aku round² jap...
 

 
[tutup] 05 Mei 2004 Kerja part-time

Nak cerita yg aku dah start keje part-time kat satu kiosk hot dog... dan hari pertama ni kenalah aku belajar cara² nak buat hot dog yg special tu... nasib baik Kak Linda (majikan aku la tu...) tu ajar aku okey aje, takdelah presure cam keje kat tempat² lain...

Mula² tu aku gabra gak, takutlah buat hot dog tu tak jadi ke apa... Nasib baik pengalaman yg aku ada masa tolong sorang abang tu jual roti john & kebab memudahkan aku buat keje yg baru ni...

Aku keje sorang² sepatutnya... cuma arini aje Kak Linda ada kat kiosk w/pun dia tak sepanjang masa ada kat kiosk tu. Business hour aku pulak dari jam 11.30 pagi sampai 6.30 petang...
 

 
[tutup] 02 Mei 2004 Maulidur Rasul - menginsafi diri

Bagi umat Islam, arini merupakan satu lagi peristiwa bersejarah dlm kalendar Hijrah... sebabnya arini merupakan hari kelahiran baginda kita Rasulullah s.a.w...

Kalo zaman aku sekolah² dulu, sambutan Maulidur Rasul memang dirasai... bangun pagi dan terus ke surau, pastu berarak keliling taman perumahan ni. Tapi masa dengar kutbah solat Jumaat baru² ni, aku rasa ada betulnya apa yg dibacakan imam tu...

Ada yg mewakili badan² tertentu atau persatuan utk masuk acara kawad kaki, buat poster besar² dgn penuh warna-warni semata² nak menang pertandingan. Imam tu kata lagi, ada yg berkawad sampai berpeluh satu badan, tapi bila azan kat surau dilaungkan, berapa ramai peserta ni yg pergi berjemaah ke surau?

Terasa yg aku ni pun makin malas nak ke surau. Tak macam zaman belajar kelas agama kat surau... atau masa kat Matrix yg berjemaah di surau menjadi rutin harian. Ke mana semua tu?
 

 
[tutup] 01 Mei 2004 Download Yahoo Messager (Beta)

Y!M muncul lagi dgn versi baru... ini pun Eddie yg bgtau aku...

Lepas aje aku download, aku tgk dia punya skin macam MSN messager pulak... disamping skin yg cun (kawan aku cakap, comel!), versi 6.XXX ni ada jugak dgn online games, radio, avatar dan macam² lagi yg aku blom buat edisi siasat sepenuhnya... tp versi ni blom release sepenuhnya... kira blom btol² perfect...

Sape² yg blom download, download cepat! Bukan kena bayar pun!


 

 
Ħ my button Ħ

        Link Me!

Ħ mutiara kata Ħ

 

Ħ dia yang bergelar awekz Ħ

try teka sape awekz ni?
try teka sape awekz ni?

 Ħ shout box Ħ

wizurai

 wizurai

 

WIZURAI the official website
©® Zack Wizurai / Wizurai Inc. 2004