SEJARAH
     Sekolah ini telah lama ditubuhkan iaitu sejak zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Sekolah yang mula - mula adalah menumpang dalam deretan kedai yang ada di pekan Hulu Kelang di batu 7 1/2. Sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1910.Muridnya kira - kira 15 orang sahaja. Gurunya ialah Cikgu Muhammad bin Said.
       
        Dalam tahun 1913, barulah dibina bangunan sekolah yang sebenar. Bangunannya dari kayu bulat, beratap nipah kecuali berdinding papan setinggi kira - kira tiga kaki. Panjang bangunan lebih kurang 40 kaki dan lebar 20 kaki. Sekerat daripada bangunan itu dijadikan tempat tinggal guru sekolah. Pada sebelah pagi, sekolah ini mengajar matapelajaran bahasa melayu dan pada petangnya matapelajaran Agama Islam.

        Pada tahun 1938, kerajaan telah membina bangunan baharu dua tingkat untuk murid - murid belajar. Pada tahun 1950 bahagian bawah bangunan itu dikepung untuk menambah bilik darjah. Bangunan ini masih ada hingga sekarang dan dijadikan Bilik Gerakan / Bilik Mesyuarat Guru - guru.

        Salah seorang penduduk Hulu Kelang iaitu Encik Mohamad bin Harun telah belajar di sini [ada tahun 1944. Sebelum ini ayah dan datuknya juga belajar di sekolah ini. Pada masa itu muridnya seramai 40 orang sahaja.Sehingga tahun 1970, murid - murid adalah seramai 200 orang.Ini kerana murid - murid ini datang daripada sekitar kampung Hulu Kelang sahaja.

        Selepas tahun 1975 barulah jumlah murid bertambah.Pertambahan ini kerana kawasan Hulu Kelang telah mula dibangunkan dan Zoo Negara di buka tidak jauh daripada sekolah ini. Pada tahun 1980an murid ini meningkat kepada 350 orang. Pada tahun 1988, sekolah ini mempunyai murid seramai 1839 orang. Sekolah ini yang dahulunya kecil gred C telah menjadi sekolah yang besar bertaraf gred A.

         Walaupun sekolah ini dahulunya sekolah yang kecil tetapi ia telah memberi sumbangan yang besar kepada kecemerlangan murid - muridnya. Sehingga sekarang sekolah ini lebih dikenali sebagai "SEKOLAH P.RAMLEE" kerana lakonan Allahyarham Seniman P.Ramlee dalam filem "MASAM - MASAM MANIS" sebagai Cikgu Saari.
LAMAN UTAMA
SEKAPOR SIREH
MISI & VISI
SEJARAH
GALERI
PERISTIWA