E-iklan - Pemasaran Barangan Dan Perkhidmatan Di Internet.


Anda mempunyai barangan dan perkhidmatan yang anda rasakan boleh dipasarkan. Anda telah mencuba dipelbagai media seperti
surat khabar, majalah, papan iklan dan makalah. Namun ia melibatkan kos yang berulang. Kos berulang bermakna anda perlu membuat
pengiklanan terus melalui majalah, surat kahbar dan makalah dengan pastinya melibatkan bayaran. Pengiklanan terus perlu dilakukan
supaya anda tetap mendapat pelanggan.

Mengapa tidak anda gunakan pemasaran di Internet ?. Bahan pemasaran yang berada di Internet akan terus berada di Internet selama mana
yang kita mahu. Bahan pemasaran anda akan dikunjungi jika kena dengan caranya.

Meletak bahan pemasaran Di Internet perlu kena dengan caranya. Anda jangan fikir bahawa dengan membina laman dan kemudian anda
menanti pengujung laman anda. Anda perlu jemput mereka datang ke laman anda. Dengan jumlah laman yang mencapai berjuta-juta
laman. Tentu sukar untuk pengguna Internet untuk mengetahui laman anda yang masih baru.

Sebenarnya di Internet kemudahan yang akan saya jelaskan disini adalah percuma. Kos yang anda akan tanggung adalah kos capaian
Internet yang mungkin hanya 3 ringgit sejam (bergantung kepada Cyber Cafe). Lawat laman ini untuk panduan anda.

http://pesanan.cjb.net/ atau
 

Secara ringkasnya.

Bina laman dengan bahan pemasaran walaupun hanya satu laman.
Sediakan Autoresponder untuk bahan anda dicapai melalui email.
Daftar laman anda di senarai enjin pencari.
Masukkan link laman dan alamat autoresponder anda didalam email anda.
Sertai pertukaran pengiklanan di Internet (banner dan topsite). Contoh adalah dibawah.

Semua ini anda boleh lakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Bagaimana pula jika anda sibuk dan tiada masa untuk berada di Internet.
Anda boleh mengupah kumpulan pakar bebas (freelance) untuk melakukanya untuk anda.

Hantarkan bahan-bahan pemasaran anda berserta sampul surat kosong dengan setem 50 sen kepada

Pesanan E-iklan
Lot 41, Jln 16/1,
Kg. Melayu Peringkat 3,
Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

Pastikan anda sertakan ringkasan barangan dan perkhidmatan anda, nombor telepon, alamat penuh dan gambar barangan jika ada.
Adalah baik jika anda mempunyai alamat email.

Penilaian akan dilakukan, jika bahan-bahan yang diterima adalah sesuai maka kumpulan
pakar bebas ini akan membuat satu laman daripada bahan-bahan pemasaran anda. Bayaran perkhidmatan anda hanya perlu
buat selepas anda meliha sendiri hasilnya yang akan dikirimkan melalui pos.

Apa yang anda dapati daripada perkhidmatan ini ?.

(1) Penyediaan laman anda, hasil daripada bahan-bahan yang anda kirimkan. Ia mempunyai sekurang-kurangnya 1 gambar barangan
anda. Untuk perhatian, saya berhak untuk memotong keluar bahan-bahan tertentu agar ia boleh muat dilaman dan sesuai untuk
media Internet. Gambar mungkin perlu dikecilkan atau dikurangkan berbanding dalam bahan pemasaran bercetak.

(2) Pendaftaran email untuk anda gunakan. Anda boleh gunakan bila-bila masa yang anda suka.

(3) Pemasaran laman anda sepanjang masa. Perkara ini dilakukan dengan cara pendaftaran di laman enjin pencari.
Laman anda juga akan didaftarkan ke beberapa laman pencari tempatan.

(4) Sambungan (link) laman dapat anda gunakan dalam kad perniagaan anda, dalam promosi pengiklanan anda. Anda akan
nampak lebih kedepan dan moden.

Rancangan Masa Depan.

(1) Sistem untuk membantu rakan-rakan yang mahu membuat pengiklanan di Internet mengendalikan tempahan dan penjualan
barangan di internet.
 

Pengiklanan di Internet memerlukan jangka masa yang tertentu untuk memastikan ia berkesan atau tidak. Laman kita mungkin
dikunjungi namun sama ada berminat atau tidak bergantung kepada pengunjung laman.

Dengan perkembangan Internet yang semakin meluas. Masa depan Internet dibayangkan bahawa setiap individu akan mempunyai
capaian Internet. Dagangan dan perniagaan akan digerak mula dengan capaian di Internet. Kami percaya gerak mula sesuatu urusan
perniagaan bermula dengan pencarian data di Internet.

Kita sepatutnya berada di Internet walaupun hanya satu laman dengan fakta perniagaan dan perkhidmatan kita. Anda tidak tahu apa
satu laman Internet anda boleh lakukan.

Anda masih berminat ?. Hantarkan bahan pemasaran anda ke alamat di atas dan lihat apa yang kami boleh lakukan.

eiklan2020's Home Page
I haven't started building my site yet. Please check back soon!



My join date:
  2001-03-27 06:31

Start building your site now!
Yahoo! PageWizards
Easy step-by-step page making.
PageBuilder
Try our powerful drag & drop editor.
File Manager
Create subdirectories, upload and edit.
My URL: http://www.oocities.org/eiklan2020/
Didn't find what you're looking for?
Want to start your own site?
  Join Yahoo! GeoCities


Copyright © 2001 Yahoo! Inc. All rights reserved.

See who's visiting this page. View Page Stats
See who's visiting this page.