PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN BANGUNAN DAN PERANCANGAN

Home Up

Produk 2
Pensyarah  : En. Wan Burhanuddin & Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi

 

TUGASAN 02

WHAT IS THE HISTORY OF ARCHITECTURE ??

(versi melayu)

 

Senibina biasanya dibayangkan ( direka ) dan dilahirkan ( didirikan ) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan sedia ada. Keadaan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata ataupun mungkin membayangkan maksud sosial, ekonomi, politik bahkan khayalan atau lambang dalam keadaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, perlulah diandaikan bahawa kumpulan keadaan yang sedia ada itu, yakni masalahnya tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru iaitu penyelesaian diperlukan. Oleh itu, perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah rekabentuk.

Seorang penyair dan ahli sains berbangsa Denmark yang terkenal bernama Piet Hein berkata; " Seni adalah menyelesaikan masalah yang tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan. Cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian daripada jawapannya."

Sebagai suatu kesenian, senibina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan ( fungsi ) sesuatu program binaan. Pada dasarnya, manifestasi fizik senibina disesuaikan dengan kegiatan manusia. Walau bagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagaimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.

Semenjak kewujudan hidupan bernyawa di atas permukaan bumi ini, benda hidup termasuk organisma, haiwan, serangga, manusia dan lain-lain. Keperluan untuk mendapatkan perlindungan fizikal juga berkembang pada masa yang sama. Namun, spesies yang lebih menonjol dalam aspek perlindungan ( tempat perlindungan ) adalah merupakan manusia yang berakal lebih pintar serta bertamadun berbanding spesies benda hidup yang lain.

Manusia telah menempuhi pelbagai rintangan ataupun cubaan daripada tuhan yang Maha Esa. Telah berjaya membina suatu tamadun yang begitu gagah dan agung atas kekreativiti serta kepintaran manusia itu sendiri. Lantaran daripada itu, elemen senibina telah dijadikan sebagai suatu simbolik mengenai kekuasaan dan keagungan sesuatu tamadun. Namun, sejarah senibina hanya bermula dengan adanya perekodan secara bertulis.

Kepelbagaiannya bangsa serta gaya hidup manusia yang berbeza akibat daripada iklim serta ciri-ciri topografi yang berbeza di dalam permukaan bumi telah mempamerkan gaya senibina yang tersendiri yang bersesuaian dengan iklim dan kebudayaan setempat. Maka, ini telah mewujudkan satu siri gaya senibina bangunan ataupun monumen yang mempunyai faktor kepercayaan agama, kebudayaan, keperluan, keadaan persekitaran, latar belakang, zaman, fungsi yang mungkin berbeza namun juga mempunyai ciri-ciri kesinambungan.

Rekod mengenai keagungan senibina bermula dari aspek keagamaan. Manusia percaya kepada kuasa tuhan dan sembah kepadaNya supaya mendapat perlindungan darinya di samping mengelakkan segala hukuman dariNya. Demi untuk menunjukkan keikhlasan para penganut kepada tuhan mereka, pusat agama seperti kuil, tempat bersembah telah dibina dan majoriti daripadanya dibina dengan skala yang begitu besar. Dan, sistem penulisan telah diwujudkan bagi merekodkan segala tatacara ataupun aturan-atura yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh semua penganut dan juga generasi yang akan datang. Maka, rekod mengenai senibina juga bermuladari masa tersebut.

Tamadun manusia bermula dari tamadun Mesopotamia yang terletak di Sungai Nil. Pada masa itu, para pentadbir dianggap sebagai tuhan yang Maha Berkuasa. Penduduk telah dikategorikan mengikut hierarki iaitu golongan hamba abdi, orang biasa, petani, pedagang, pegawai dan golongan yang paling tinggi statusnya iaitu para pentadbir. Dengan wujudnya perbezaan serta pengasingan dalam status diri, maka cara serta gaya hidup turut berbeza sama sekali. Lantaran daripada itu, gaya senibina dengan stail yang berbeza dari skala yang kecil seperti pondok yang usang sehingga ke bangunan istana yang agung nyata didapati pada zaman tersebut.

Aspek keagamaan memainkan peranan yang paling penting dalam mempengaruhi gaya serta sejarah senibina dalam aspek-aspek perkembangannya dari segi fungsi, objektif dan sebagainya. Pengaruh keagamaan itu turut mempengaruhi ciri-ciri tamadun yang wujud selepas itu. Agama Hindu, Buddha, Kristian, Islam adalah antara pengaruh agama ke atas aspek senibina pada waktu-waktu yang berlainan. Namun, terdapat ciri penyamaan antara agama-agama ini iaitu sebagai tanda penghormatan serta pusat kegiatan penyebaran keagamaan.

Aspek keagamaan dalam konteks senibina memang telah menyumbang kepada perkembangan senibina bangunan mahupun monumen yang lebih agresif. Namun faktor sekunder yang mempengaruhi ciri-ciri senibina yang berlainan merupakan faktor iklim di kawasan yang berlainan. Gaya senibina dengan iklim setempat yang berbeza mempunyai ciri-ciri senibina yang berlainan yang berfungsi menyediakan suatu ruang tinggal atau bekerja yang lebih selesa serta efektif bagi kawasan yang terletak di zon iklim yang berlainan.

Teknologi dalam perkembangan senibina merupakan satu aspek yang penting yang terkandung dalam rekod sejarah mengenai senibina. Manusia yang pada awalnya yang hanya tinggal di dalam gua telah berkembang sehingga ke bangunan pencakar langit pada masa sekarang atas pembaharuan dalam teknologi pembinaan senibina yang sentiasa diperbaharui.

Sejarah senibina merupakan suatu rekod yang tidak ternilai yang dapat mempengaruhi bukan sahaja industri senibina malah ketamadunan manusia yang semakin matang. Pemeliharaan serta pemulihan yang dijalankan untuk mengembalikan zaman keagungan sesuatu bangunan bersejarah giat dijalankan di serantau dunia supaya rekod sejarah tidak hanya tinggal setakat catatan sahaja malah secara fizikal. Langkah ini adalah penting dalam memahami konsep, teori yang cuba disampaikan dalam gaya seni bina yang dibina itu. Kajian mengenai teori serta konsep pembinaan serta pembangunan adalah begitu penting kerana perkembangan yang kita capai hari ini merupakan kurniaan masa dahulu.

Maka setelah kita mengkaji dan mendapat kesimpulannya, adalah lebih mudah bagi kita mencadangkan teori-teori yang wujud serta berpotensi dalam membantu perkembangan tamadun manusia mahupun senibina. Suatu hari nanti, segala teori yang dibuat pada masa sekarang akan dianggap sebagai sejarah pada maa akan datang. Biarlah ia sesuatu teori yang menyumbang kepada tamadun manusia. Pada asasnya, senibina merupakan suatu keperluan manusia iaitu dalam bentuk tempat perlindungan. Namun, senibina ini telah mengalami perkembangan dalam kepelbagaian fungsinya. Dan, berharap senibina akan terus menyumbang kepada keperluan ketamadunan manusia yang semakin kompleks.

 

Send mail to eda_481@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Copyright © 2004 EdaD'Best
Last modified: 12/29/04