Pengenalan Dan Peraturan Ringkas Dunia-Digital (2D Atau DD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda dijemput untuk melawat laman
2D http://duniadigital.cjb.net/

Email-email lama 2D boleh dilawati di

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/messages

Kumpulan 2D juga bercadang untuk menjalankan
Projek Pembangunan Applikasi Secara Terbuka.
Cari kumpulan java2d di http://sourceforge.net/

atau

http://java2d.sourceforge.net/


Sertai Dunia-digital atau perkenalkan kepada
rakan-rakan anda dengan teknologi informasi

http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

atau melalui email

dunia-digital-subscribe@yahooDDgroups.com

Sila buangkan DD untuk mendapatkan alamat
benar. Tambahan huruf DD untuk lindungi daripada SPAM.

Jangan lupa untuk memanjangkan email ini kepada

rakan-rakan anda yang lain.

Wassalam.

: )


Untuk nota-nota dan buku-buku komputer dan Internet dapatkan di http://www.nota.com.my/. Sumber Nota komputer MYSIG boleh didapati disini.

Dunia-Digital

Pengenalan :

Senarai Email Dunia-Digital merupakan kumpulan
perbincangan email yang dikendalikan
oleh para sukarelawan yang membahas tentang
perkembangan semasa dunia
teknologi infomasi (KOMPUTER DAN INTERNET).

Ia adalah terbuka untuk semua warga Internet
tanpa mengira bangsa, agama, negara dan fahaman
politik.

Anda juga boleh bertanya sebarang masalah yang
berkaitan komputer & internet dalam dalam ini.

Peraturan Am :

1. Anda boleh menghantar mail kepada senarai email
dengan menggunakan alamat :

dunia-digital@yahooDDgroups.com

Sila buangkan DD untuk mendapatkan alamat
benar. Tambahan huruf DD untuk lindungi daripada SPAM.


atau

http://www.yahoogroups.com/messages/dunia-digital/

---

2. Ingatlah e-mail anda akan dihantar kepada
semua ahli dunia-digital yang terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat dan pekerjaan. anda
akan dinilai melalui email anda.

Jika anda ingin menghantar e-mail peribadi
pastikan alamat e-mail penerima tersebut
berada dalam ruang TO: pada mail client anda
dan email itu TIDAK mempunyai alamat

dunia-digital@yahooDDgroups.com

Sila buangkan DD untuk mendapatkan alamat
benar. Tambahan huruf DD untuk lindungi daripada SPAM.


Sebarang komen dan pendapat peribadi diharapkan
tidak dipanjang didalam Dunia-Digital.

---

3. Jika anda ingin menjawab sesuatu e-mail pastikan
anda menghapuskan "quoted" yang tidak diperlukan.

Kutipan yang tidak relevan apatah lagi menyertakan
keseluruhan message asal berserta header-headernya
sekali adalah tidak digalakkan.

Kurangkan panjang e-mail membolehkan e-mail dicapai
dengan cepat dan anda akan menjimat bil telepon
ahli-ahli Dunia-Digital dan anda.

---

4. Jika anda melanggan dalam bentuk digest
berhati-hatilah semasa menjawab
dan jangan menghantar kembali seluruh digest
tersebut.

Langgan digest boleh dilakukan dengan menghantar email
kosong kepada dunia-digital-digest@yahooDDgroups.com

Untuk kembali menerima email, satu persatu,
hantarkan email kosong kepada dunia-digital-normal@yahooDDgroups.com

Sila buangkan DD untuk mendapatkan alamat
benar. Tambahan huruf DD untuk lindungi daripada SPAM.


Langganan dalam bentuk "Digest" adalah kandungan email-email
seharian Dunia-Digital yang disatukan dalam satu atau dua email.

---

5. Anda juga ditegah daripada mengirim jawapan
hanya sebaris dua sahaja, yang tiada kaitan dengan
kandungan e-mail yang dikirmkan. Jika rasa ianya perlu,
diharapkan ia dikirimkan secara peribadi kepada
penghantar e-mail.

---

6. Sebarang bentuk spamming, flamming war,
trooling, iklan peribadi, cetak
rompak dan yang sewaktu dengannya adalah dilarang.
Panduan ringkas di
http://www.oocities.org/esampah/

---

7. Hantarkan message anda dalam format plain text
sahaja supaya semua pelanggan yang lain boleh membaca
message anda. Lawat laman
http://www.expita.com/nomime.html

---

8. Mailing list ini melarang sebarang bentuk Attachment.
Sebaiknya attachment tersebut diletakkan di mana-mana
ruang web percuma dalam internet dan postkan url attachment
tersebut sahaja ke dalam mailing list.

http://www.yahoogroups.com/files/dunia-digital/

AMARAN : Jangan sesekali jalankan mana-mana fail
yang dihantar melalui e-mail. Dunia-Digital tidak membenarkan
fail dihantar melaluinya.

http://www.oocities.org/lovmalaysia/antivirusmalaysia.html

---

9. Jagalah sopan-santun dalam tulisan anda. Ingatlah tulisan
anda akan dibaca oleh semua orang termasuk majikan anda sekarang
atau di masa akan datang.

Kebanyakkan mailing list diarkibkan dan diletakkan ditempat
dimana semua orang dapat melihatnya. Email ini juga
akan dibaca oleh sahabat-sahabat yang tidak
satu agama dan fahaman. Hormati fahaman mereka.

Contoh simpanan e-mail
http://www.mail-archive.com/

---

10. Jangan gunakan huruf besar. Seperti halnya
dalam surat khabar, penggunaan huruf besar yang berlebihan
tidak sedap dilihat. Dalam internet
pula penggunaan huruf besar membawa maksud "berteriak".

---

11. E-mail mestilah mempunyai tajuk yang
bersesuaian dengan maksud penghantaran.

---

12. Jika anda ingin menyertakan signature
pastikan ianya tidak melebihi
dari 4 baris. Ingatlah ramai orang membayar
sambungan internet berdasarkan
minit. Lagi panjang message anda lagi
banyak mereka bayar.

---

13. Ini Adalah Mailing List Berkaitan KOMPUTER,
INTERNET dan Teknologi Infomasi Malaysia dan rantau ASEAN.

E-mail tentang politik dan perkembangan semasa hantarkan ke
tempat yang sesuai seperti  hizbi.net.

Untuk melanggan hantar e-mail kosong kepada :
majordomo@hizbi.net pada body: SUBSCRIBE HIZB

Dalam Yahoogroups

http://groups.yahoo.com/group/Sutera
http://groups.yahoo.com/group/melayucyber
http://groups.yahoo.com/group/islah-net

diskusi Linux Malaysia

http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99

---

14. Cadangan sambungan laman untuk dilawati

Linux - Sistem Operasi Masa hadapan

http://www.oocities.org/linuxmalaysia

Perisian sumber Terbuka

http://www.oocities.org/lovhafnie/kempen/altersoft.html

Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia

http://www.oocities.org/kemsoit/kemsoit2.html

Bantuan Komputer

http://www.oocities.org/duniadigital2020/bantuan.html


---


15. Mailing list ini tidak dimoderator. Bagaimanapun
list moderator berhak menarik balik kebenaran membuat
posting (ban) mana-mana user yang tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa
perlu memberi sebarang peringatan
kepada user terbabit.

---

16.Jika anda TIDAK mahu melanggan Dunia-Digital tetapi
masih mendapat e-mail daripada Yahoogroups.

Yahoogroups memerlukan anda mengesahkan alamat email
anda di http://www.yahoogroups.com/

Anda perlu daftarkan diri anda sebagai ahli Yahoo
dan kemudian cari alamat email yang anda gunakan
dalam menerima email daripada Yahoogroups.

Sama ada anda mahu berhenti atau untuk menyambung semula
langganan, pastikan anda mengesahkan alamat email anda.

---

Privacy Statement

1. We never rent, sell, or otherwise make available
our subscriber lists to any third party. We respect
your privacy as a subscriber of this mailing list.

---

Ringkasan :

Untuk menghantar message: dunia-digital@yahooDDgroups.com

Sila buangkan DD untuk mendapatkan alamat
benar. Tambahan huruf DD untuk lindungi daripada SPAM.


Untuk melanggan list ini (biasa) :  dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com
<mailto:dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com>
http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital

Untuk berhenti dari list: dunia-digital-unsubscribe@yahoogroups.com

Untuk melihat etika internet dalam bahasa inggeris sila ke laman
Sally Hambridge di http://www.cybernothing.org/cno/docs/rfc1855.html

Untuk melihat etika internet dalam bahasa indonesia sila email
ke autorespon netiket@indoglobal.com

Perbincangan melalui Web - Bahagian Komputer
http://www.mtusempoi.com/
dan http://www.ittutor.net/

http://www.oocities.org/duniadigital2020/index-old.html

Versi 2.2 7 Jun 2001

versi 3.0 22 Nov 2002
versi 3.1 22 Sep 2004

-------------

Dokumen asal diambil daripada dokumen pemilik 2D yang
lalu.

http://hammer.prohosting.com/~infolink/

Terima kasih untuk sahabat-sahabat disana, daripada mereka
wujudlah Dunia-Digital.



Nota-nota komputer dan Internet oleh Harisfazillah Jamel
http://www.oocities.org/lovhafnie/nota


----

[ Home ]