Laman Utama

 Pasukan
 Profail


 Liga Perdana Satu
 Piala Malaysia
 Piala FA


 Sejarah
 Links
 Buku Tetamu
 Lihat Buku Tetamu




 AFFILIATES:

 


CARI Free Banner Exchange Network

Terengganu Dikejutkan Johor!

Johor melakukan kejutan terbesar pada musim ini dengan memperolehi kemenangan pertama mereka menewaskan pasukan Terengganu 1-0. Bagaimanapun keputusan ini tidak memberi kesan kepada kedudukan Terengganu yang masih selesa mendahului liga dengan 4 mata.

Namun, keadaan seperti ini tidak seharusnya dibiar berterusan. Kita tidak mahu melihat Terengganu terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga yang belum pernah diperolehi. Terengganu tidak boleh terlalu yakin menghadapi pasukan lebih lemah seperti Johor ini. Sesuatu perlu dilakukan dan diharap mereka lebih berjaya dimasa hadapan.

Terengganu Dapat RM40,000!

Pasukan yang kita sayangi, Terengganu telah memastikan juara Perdana Satu bagi pusingan pertama adalah miliknya. Dihadapan penonton sendiri yang memenuhi Stadium Sultan Ismail, Peteh telah menumpaskan Melaka dengan satu jaringan oleh Hairuddin Omar seawal minit ke 3. Walaupun jumlah jaringan ini dianggap kecil memandangkan Melaka adalah pasukan yang kedua tercorot dalam liga, tapi ianya sudah cukup untuk Terengganu memperolehi mata penuh dan menjarakkan diri dengan Kelantan yang hanya mampu seri 2-2 dengan Pahang ditempat sendiri.

Terengganu kini mengumpul 28 mata, 7 mata dihadapan Kelantan sekaligus merangkul hadiah juara pusingan pertama sebanyak RM 40 ribu. Jurulatih, Mat Zan Mat Aris boleh menarik nafas lega kerana Terengganu sekarang kukuh dipersada liga. Namun diharap kejayaan ini tidak melekakan mereka dan juga diharap rentak sebegini diteruskan lagi pada saingan pusingan kedua nanti.

Delan Gorgon, webmaster

.


Keputusan 26 Mei 2001


Johor 1 - 0 Terengganu


Lain-lain Keputusan

K.L. 2 - 1 Melaka
Perlis 3 - 1 N.S.
Pahang 2 - 1 Perak
Penang 1 - 0 Kelantan
Sarawak 1 - 1 Selangor



FastCounter by bCentral

High Quality Football Logos

The 
Ultimate soccer-links Site


Kemaskini Terakhir: 13 May 2001
Laman ini adalah hakcipta © 1999 Gorgon Network.