Hgeocities.com/datahaiwan/FaktaBakteria.htmgeocities.com/datahaiwan/FaktaBakteria.htm.delayedxMrJpFOKtext/htmlpKpFb.HSun, 31 Aug 2003 05:32:30 GMTMozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98)en, *LrJpF Mengenal Bakteria.
Logo Yosri
Bendera Malaysia
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan
TARAF 
BACAAN 
UMUM
Siri Haiwan.
Mengenal Bakteria 

Gambar Bakteria Clostridium botulinum.
10 Ramadan 1423
 

Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
 
http://geocities.yahoo.com/home/
 


 
 



Mengenal Bakteria.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
Bakteria adalah haiwan seni yang hanya boleh dilihat melalui mikroskope. Bakteria merupakan haiwan yang mempunyai binaan badan yang mudah dan hanya mempunyai satu sel. Terdapat beribu-ribu jenis bakteria di dunia ini, dan kebanyakannya masih belum dikenal pasti.

Kebanyakan bakteria adalah tidak merbahaya, tetapi bakteria yang merbahaya boleh membawa maut kepada manusia apabila ia dapat melepasi sistem imunisasi pertahanan badan kita. Penyakit seperti batuk kering (tuberculosis), sakit kerongkong (strep throat), taun (cholera), dan sesetengah jenis penyakit paru-paru berair adalah disebabkan oleh bakteria. Bakteria yang mampu menyebabkan penyakit dikenali sebagai bakteria pathogen "pathogenic bacteria" atau kependekannya iaitu pathogen.

Pathogen mempunyai keupayaan menceroboh dan mengatasi sistem pertahanan badan manusia untuk membiak yang menyebabkan kesan buruk kepada manusia. Sesetengah racun toksin yang dihasilkan oleh pathogen adalah amat beracun dan merbahaya kepada manusia seperti kancing gigi "tetanus" dan "botulism" yang bertindak dengan menyerang sistem saraf manusia.

Bakteria dikelaskan mengikut asas ciri fizikal mereka seperti bentuk, keupayaan bergerak, komposisi unsur kimia "chemical  composition", dan sebagainya, ataupun mengikut aktiviti biokimia. Setiap spesies bakteria diberi nama Yunani "Latin". Perkataan pertama merupakan genus bakteria, sementara nama kedua merupakan spesies bakteria. Nama spesies akan ditulis dalam huruf kecil kesemuanya. Bakteria berlainan yang termasuk dalam genus yang sama mempunyai hubungan yang rapat tetapi tidak serupa.

Begitu juga bakteria yang dalam spesies yang sama menpunyai persamaan yang lebih rapat tetapi masih tidak serupa. Bakteria berlainan dalam spesies yang sama ini akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan berlainan melalui komposisi kimia mereka "chemical  composition" berasaskan jenis "serotype". Penserotype merupakan teknik yang menggunakan molekul antibodi yang disiapkan secara khusus untuk mengenalpasti jenis molekul pada permukaan sel bakteria.

Sebagai contoh, ialah bakteria Escherichia coli O157:H7. Perkataan "Escherichia" yang bermula dengan huruf besar menandakan genus. Perkataan "coli" sentiasa ditulis dengan huruf kecil menandakan spesies. Urutan huruf dan nombor "O157:H7" menandakan serotype. Dalam kes tertentu, serotype spesies berlainan akan ditulis sebagai gabungan huruf dan angka, kadang-kala juga dengan menggunakan huruf ketiga huruf Yunani.

Contoh-contoh bakteria adalah seperti berikut :-
 

  1. Bakteria Campylobacter jejuni.
  2. Bakteria Clostridia botulinum
  3. Bakteria Escherichia coli
  4. Bakteria Salmonella
Bagaimanapun penyediaan makanan yang bersih sudah mampu memastikan serangan bakteria dapat dikawal. Anda perlu memastikan bahawa makanan yang dimasak telah disediakan dengan cermat dan bersih. Pastikan dapur dan tangan anda bersih sebelum memasak. Sekiranya anda makan di luar, pastikan keadaan gerai adalah bersih dan makanan yang terhidang terjaga rapi dan tidak dihinggap lalat. Pastikan pelayan atau penjaja menjaga kebersihan kedai dan diri mereka. Selain itu, pastikan tangan dan kuku anda dibasuh dengan bersih sebelum makan. Ingatlah, menghindari penyakit adalah lebih baik daripada merawat setelah sakit.

Rujukan :
http://www.cfsan.fda.gov/~mow/intro.html
http://www.prn.usm.my/bulletin/racun/1996/awet.html
http://www.extension.iastate.edu/foodsafety/Lesson/L1/L1p8.html
 

Daripada Abu Musa r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya : 
"Allah 'Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat."
Bunga Melati dihujung dahan 
Disunting dara dengan cermat 
Suami isteri berkasih-kasihan 
Seperti nabi kasihkan umat

Pantun Asli saya


Hakcipta terpelihara 15 November 2002 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl

 
 
 
 
 
 
 

Fight Spam! Click Here!
wydwlmsbfnmladgkyldujlzlsxptzbdxucqqxbahrlxujmqrfbckwqinqjhzmcjjtoupbfbgxhwmnadaihzuxyktpyhfohcjjbeth