TELEINFO PENDIDIKAN  
 

Maklumat diperolehi daripada

WARTA PENDIDIKAN

Terbitan

SUMBER MAKLUMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Bil. 4 Disember 1997



I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Malaysia.


BAGI kemudahan orang ramai dan juga para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat khusus dan am, KementerianPendidikan Malaysia dengan kerjasama Syarikat TelekomMalaysia Berhad melancarkan perkhidmatan InfoLINE.

But permulaan lima jenis perkhidmatan telah diperkenalkan iaitu:

i.     UPN infoLINE
ii.    GURU infoLINE
iii.    PINJAMAN PENDIDIKAN infoLINE
iv.    ASRAMA PENUH infoLINE dan
v.     PENDIDIKAN TEKNIK infoLINE.

UPU infoLINE

Perkhidmatan infoLINE ini dilancarkan dengan tujuan membantu dalam urusan penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar mengenai kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi bagi Sesi akademik 1997/98. Maklumat yang boleh didapati adalah seperti:-

i.     Kursus-kursus yang ditarwarkan,
ii.    Kelayakan minimum dan cara permohonan,
iii.   Menyemak permohonan,
iv.   Menukar kursus setelah keputusan peperiksaan diumumkan,
v.    Mendapatkan maklumat awal keputusan permohonan.

     Kemasukan pelajar-pelajar ke IPT awam seperti program-program pra-ijazah dan ijazah pertama diselaraskanoleh Bahagian Kemasukan Pelajar ke IPT (BPKP IT), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

GURU infoLINE

GURU infoLINE memberi perkhidmatan pertanyaan telefon mengenai program kursus yang ditarkan di 31 Maktab Perguruan Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi Awam.

i.     Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
ii.    Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD)
iii.    Kursus Perguruan LepasanIjazah (KPLI)
iv.    Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK)

      Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan proses pengambilan guru-guru pelatih ini.

      Maklumat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan GURU infoLINE ini adalah terdiri daripada:-

i.     Maklumat mengenai program-program kursus,
ii.    Maklumat Ujian Kelayakan Perguruan,
iii.   Maklumat Temudaga,
iv.   Keputusan Permohonan, dan
v.    Maklumat Penempatan Guru Baru.

     Bagi tahun 1998 Bahagian Pendidikan Guru akan meneruskan program-program latihan perguruan bagi pemohon-pemohon yang berminat di dalam profesion ini. Program-program berkenaan ialah:-

i.     Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDP) - Kursus 3 tahun

  1. Iklan akan disiar di akhbar tempatan - Januari 1998.
  2. Calon yang menunggu keputusan SPM 1997 boleh memohon tetapi kelayakan bidang kursus adalah berdasarkan kepada keputusan-keputusan peperiksaan tahun tersebut.
  3. Calon yang layak akan dipanggil Ujian Kelayakan Perguruan (UKELP).
  4. Mereka yang berjaya seterusnya akan dipanggil temuduga dalam bulan April 1998.
  5. Kemasukan ke Maktab-maktab adalah pada Julai 1998.

ii.    Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) - Kursus 1 tahun

  1. Iklan diakhbar oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 16 Oktober 1997.
  2. Tarikh tutup permohonan pada 22 November 1997.
  3. Borang dan panduan permohonan boleh dibeli dari JPT sebaik shaja iklan disiarkan.
  4. Permohonan adalhuntuk kemasukan Jun 1998.
  5. Kursus Diploma Pendidikan yang dikelolakkan oleh Universiti tempatan juga diiklan bersama oleh JPT pada tarikh tersebut.
iii.   Kursus Diploma PerguruanKhas (KDPK) - Kursus 1 tahun
  1. akan diteruskan di semua maktab perguruan seluruh negara.
  2. Guru-guru yang layak dan berminat untuk mengikuti kursus ini akan dimaklumkan melalui Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri dalam bulan November 1997.
  3. ,li> Kemasukan kursus adalah pada bulan Jun 1998.

PINJAMAN PENDIDIKAN infoLINE

PINJAMAN PENDIDIKAN infoLINE menyediakan maklumat kepada pelajar-pelajar urusan pendidkan yang ingin membuat pinjaman pelajar ke IPT dan pelajar-pelajar akan ke Politeknik.

     Perkhidmatan penggilan ini juga akan memberi maklumat terkini mengenai baki pinjaman kepaa peminjam-peminjam yang telah membayar balik pinjaman dari masa ke semasa.

     Maklumat ini diperolehi daripada Sistem Maklumat Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (SISKUTIP) yang dikendalikan oleh Bahagian Biasiswa bagi mengesan peminjam, mengemaskini lejar bayaran, mengeluar notis tuntutan, resit dan penyata tahunan berkomputer kepada peminjam.

     Maklumat lain yang berkaitan dengan Pinjaman Pendidikan adalah seperti berikut:-

  1. Jumlah tabung pusingan amanah pinjaman pelajar - RM 148,543.00 (RM 148.5 juta)
  2. Jumlah pelajar yang telah menerima pinjaman sehingga kini - 23,020 orang pelajar.
  3. Jumlah notis telah dikeluarkankepada pelajar yang tamat pengjaian - 12,675 orang pelajar.
  4. Jumlah pembayaran balik pinjaman mereka - 4,632 orang pelajar.
  5. Jumlah kutipan yang telah diterima balik setakat kini - RM 4,906,483.57 (RM 4.9 juta)
ASRAMA PENUH infoLINE

ASRAMA PENUH infoLINE merupakan salah satu alternatif kepada orang ramai untuk berkomunikasi dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Perkhidmatan ini akan mula beroperasi sepeunhnya bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 1998.

     Maklumat yang boleh diperolehi melalui perkhidmatan ini adalah:-

  1. Kriteria pemilihan ke SBP
  2. Aliran dan Pakej Mata Pelajaran serta syarat minima kemasukan pelajar ke tingkatan 4 SBP
  3. Alamat-alamat penting perhubungan dan nama-nama SBP
  4. Keputusan pemilihan pelajar ke SBP.
     Pada masa ini maklumat-maklumat am mengenai Sekolah Berasrama Penuh sudah boleh diperolehi dengan menghubungi ASRAMA PENUH infoLINE.

     Jumlah pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 ke Sekoleh Berasrama Penuh pada tahun hadapan akan menjadi 38 buah dengan pembukaan 2 buah sekolah baru di Pasir Puteh, Kelantan dan Ulu Yam, Selangor.

     Jumlah pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh sesi persekolahan 1998 dijangka berjumlah 4,920 pelajar dengan jumlah pelajar lelaki seramai 2,820 orang (57.32%) dan jumlah pelajar perempuan seramai 2,100 orang (42.68%).

     Bagi pengambilan pelajar ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh, pengambilan dibuat berdasarkan kekosongan tempat yang gagal diisi oleh pelajar sedia ada kerana tidak mencapai kelayakan minima dalam PMR yang membolehkan mereka kekal di sekolah berkenaan. Oleh yang demikian jumlah sebenar pengambilan pelajar baru tingkatan 4 SBP tahun hadapan hanya boleh ditentukan setelah keputusan PMR diumumkan.

     Dari jumlah 38 buah SBP hanya 2 buah sekolah akan menerima kemasukan pelajar tingkatan 4 seratus peratus iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Selangor dan Sekolah Menenagah Sains Muar, Johor.

PENDIDIKAN TEKNIK infoLINE

PENDIDIKAN TEKNIK infoLINE juga menyediakan perkhidmatan maklumat mengenai kemasukan pelajar ke Sekolah-sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) bagi kemasukan sesi 1998. Kemasukan pelajar diproses melalui permohonan oleh Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan.

     Di antara maklumat yang disediakan adalah seperti berikut:-

  1. Maklumat dan Pendidikan Teknik dan Vokasional
  2. Program Kursus dan kursus-kursus yang ditawarkan
  3. Kelayakan dan peraturan permohonan
  4. Cara mendapatkan borang dan tarikh tutup permohonan
  5. Keputusan permohonan

     Dalam usaha negara menambah blangan keluaran pelajar di bidang teknikal, Kementerian Pendidikan telah melaksana dan merancang perkara-perkara berikut:-

  1. Menaikkan taraf Sekolah-sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Pada tahun 1998 bilangan SMT akan menjadi 74 buah.
  2. Mata pelajaran teknikal akan dipelajari di 15 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 7 buah Sekolah Menengah Agama, 24 buah Sekolah Premier dan 230 buah Sekolah Menengah Harian yang dipilih.
  3. Merancang untukmenambah bilangan dengan membina Sekolah Menengah Teknik (SMT) baru. Menjelang tahun 2000, SMT akan menjadi 86 buah.


PEI CHUN (2) HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK (C) PEI CHUN (2) DILANCARKAN DENGAN RASMINYA OLEH
YANG BERUSAHA TUAN HAJI HASHIM BIN KAHAT
BEKAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
PADA 22 JULAI 1997

Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2),
421, Jalan Teo Kang Sui, 82000 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 07-6871987