Terima
kasih
sudi mengunjungi halaman
kami yang tidak seberapa ini. Halaman ini di bangun untuk
skrin bersaiz 800x600 dpi, penggunaan Internet Explorer Versi
4.0 keatas. Selamat menyambut tahun baru, jika masih dalam
modi untuk tahun 2004. Kami mengucapkan selamat kembali ke
KTTI mereka yang baru kembali dari latihan industri untuk 6
bulan yang lalu. Terima kasih kepada sponsor kami sudi
memberi laluan mudah bagi tujuan pembangunan/penulisan halaman
ini.
Halaman ini akan terus membawa
perubahan-perubahan untuk dijadikan cita murni warga KTTI
membangun web centre kursus itu berjaya pada masa akan datang.
Kemudahan dalam beberapa 'script' untuk penulisan dan aturcara
halaman lebih terkini, dapat memudah tugasan tersebut.
Penggunaan PHP memiliki banyak kelebihan yang lebih maju dari
penulisan serta penggunaan HTML pada asasnya. Namun,
tiadalah erti penggunaan sesuatu yang baru, dianggap terkini
tetapi pengguna tidak dapat memahirkan diri serta melakukan
sesuatu yang produktif dan kreatif.
Kami sendiri masih menggunakan
konvensional HTML generator - FRONTPAGE. Kreativiti dan
sentiasa mencari dan melakar idea yang baik, lain dari yang lain
tanpa mengambil konsep, buah fikiran orang lain kemudian menjadi
sebahagian dari halaman anda, adalah sikap yang tidak jujur dan
ikhlas, terhadap diri sendiri - kemampuan, kreativiti dan idea.
Kami sentiasa 'menjadikan buah fikiran dan kemampuan diri
sendiri' adalah aset terpenting dalam membangun diri dan
kerjaya.
Menuntut
iLmu
agama bukan untuk berpidato
Menuntut ilmu adalah satu 'kewajipan'
ke atas laki-laki dan perempuan Muslim, tanpa mengira keturunan
dan bangsa atau suku sakat. Bebaskan diri dari 'kejahilan',
tuntutlah ilmu agama untuk mencari keredhaan Allah ta'ala dan
kita akan lebih mengetahui tentang berbagai perkara, baik
tentang ibadat fardhu ain ataupun yang disunatkan.
Terdapat orang yang menuntut ilmu agama untuk menjadi seorang 'pemidato',
kemudian menjadi hakim untuk 'menentukan' orang lain itu masuk
syurga, halal dan haramnya mereka.
Lebih malang terdapat
individu yang 'tidak mengenal apa yang dikatakan' - riak.
Riak adalah 'penyakit hati' dan musuh nombor satu yang perlu
dihindari. Sabda Nabi Muhammad saw, aku paling
takuti akan berlaku dikalangan umat ku di akhir zaman ialah
syirik kecil Kemudian orang bertanya lagi apa itu
dikatakan syirik kecil? Jawap baginda riak.
Setiap orang yang berilmu terdapat 'hijab' yang
menghalangnya antara hubungan tuhan dengan dirinya, setiap ahli
ibadat, setiap individu itu terdapat hijab yang menyelubungi 'hati'
mereka menerima dan melihat sesuatu yang hakikat (sebenarnya).
hijab (penghalang)
utama pada manusia itu tidak lain ialah 'kewujudan dirinya'
sendiri. Bagi mereka yang ingin dan berminat atau
mempunyai kecenderungan untuk mendalami ilmu agama, carilah dari
sumbernya. Jika menuntut ilmu agama pastikan dari guru
agama bukanlah mencari ilmu dari ahli politik, guru silat, guru
kebatinan walau mereka mendakwa atau berkebolehan mengajar
beberapa ilmu dan pengetahuan agama. Carilah guru agama
yang ikhlas dan telus, membebaskan diri dari hal ehwal duniawi
dan mengaut keuntungan.
Ruangan yang terhad ini saya
lampirkan 'tulisan peribadi' yang dihadiah dan dikhususkan
kepada seseorang yang akan memulakan pelayarannya di lautan yang
sangat luas...saudara Halim Shah Hamzah, (sesuatu yang
miracle). Klik di sini >> Anda juga boleh turut berkongsi
pengalaman dengan apa yang saya tulis dari hati secara langsung.
Baud
rate TMNET, JARING dan STREAMMIX
yang terbaru
adalah kemudahan dan perkembangan dapat dimanfaat oleh semua
pengguna. Steammix akan memberi ruang kepada pengguna
Internet sentiada berada dalam talian untuk tempuh 24 jam sehari
tanpa perlu memikirkan tentang kos. RM 80.00 bulanan lebih
baik dari talian biasa dan prepaid. Namun, keadaan baud
rate 300-400 Kbs tidak meliputi seluruh kawasan penempatan.
Sejumlah 300 kbs pada kelajuan itu sudah mencukupi bagi akses
signal data dan multimedia lain berbanding talian hanya mencecah
38, 48 Kbs dengan modem berkelajuan 56 Kbs.
Tidak semua orang
mengetahui, kemudahan itu sedia ada dalam infrastruktur Telekom
tetapi hanya menunggu kuasa beli dan permintaan. Kabel
optik yang ditanam sepanjang pantai di antara Pulau Langkawi
hingga ke Johor dapat menampung lebih dari itu. Penggunaan
perkhidmatan COINS - Corporate Organization International
Network System (kalau tidak silap saya) mencecah sehingga 100
Mbs. Talian itu bukanlah dibangun bagi pengguna awam.
Anda dapat
memanfaat kemudahan itu, menjimatkan sejumlah besar kos bulanan.
Harga modem pada peringkat awal untuk dikeluar sejumlah RM
200.00 tidaklah tinggi berbanding kemudahan yang bakal diterima.
Kelajuan baud rate sehingga 300 Kbs lebih baik dari kelajuan
pada 48 Kbs. Tidak ada ertinya juga apabila hanya
digunakan untuk berbual-bual dalam talian (chating) sepanjang 24
jam. Lebih baik anda mencari hebahan dan maklumat yang
dapat membantu pengetahuan dan pembelajaran.
Pembelajaran
dalam
talian
Seingat
saya sewaktu menduduki tingkat 4 di sebuah sekolah teknik di
utara, subjek paling disukai ialah ASAS PEMPROSESAN MAKLUMAT,
segala bentuk nota mata pelajaran keseluruhannya saya taipkan ke
dalam komputer - wordstar di zaman itu. Hasilnya dapat
menanam minat mendalam sekaligus dapat menguasai beberapa subjek
bersangkutan. Kini, utusan.com.my menyediakan kemudahan
pembelajaran dalam talian adalah kemudahan terkini.
Mereka yang
mempunyai ahli keluarga yang masih menduduki sekolah rendah dan
menengah adalah lebih baik untuk mendapatkan kemudahan itu -
INTERNET. Laman itu menyediakan pembelajaran secara
ONLINE dengan mendapatkan nota-nota dan rujukan dalam talian.
Download dan cetak! Pengalaman lalu dengan bantuan
komputer dalam mata pelajaran, saya percaya minat untuk maju
pelajaran juga akan terdorong. Saya sedang menunggu
seorang pelajar berusia 13 tahun, tingkatan 1 yang akan menjadi
bahan eksperimen (peribadi) - bagaimana komputer dan internet
dapat meningkat prestasi/cenderung kepada mata pelajaran.
JIka pengamatan
saya itu membuahkan hasil seperti pengalaman yang lalu, adalah
satu kemestian orang Melayu untuk mendapatkan kemudahan internet
dalam rumah mereka sebagai bantuan pembelajaran bagi anak-anak
mereka yang berpendidikan rendah dan menengah. Internet
dan komputer bukan sebagai bahan hiburan dan pelaburan yang
membazir wang ringgit tetapi sebagai satu bentuk keperluan
hidup moden kapitalisme.
Ucapan
takziah
kepada Mohd. Zaki Mat Ali serta keluarga
Kesempatan
ini juga pihak pembangun halaman - terdiri seluruh warga KTTI,
staf/kakitangan, pengurusan hinggalah kepada pemandu kenderaan
saudara Weis (yang telah dilucutkan jawatan) mengucap takziah
sempena 'ibu mereka' kembali ke rahmatullah pada Februari 1,
2004 jam 2 pagi bersamaan pada Hari Raya Aidil-adha pertama.
Seorang balu
berusia lingkungan 60-an, suami seorang bekas tentera berpangkat
sarjan yang sudah 10 tahun meninggal akibat sakit jantung.
Apa yang menarik ialah suaminya meninggal pada 2 haribulan
Februari dan isterinya pula pada 1 haribulan Februari 2004 genap
10 tahun. Panggilan (sakratul-maut) untuk kembali kepada
tuhan tidak mengenal usia dan waktu. Mereka yang hidup
terus berjalan pada paksi sebagaimana terbaik baginya.
Orang muda, perlu
sentiasa mengingati mati. Mengingati mati itu 'merupakan satu
ibadat'. Jika saya mati terlebih dahulu, amanat paling
penting di mana-mana ialah 'jangan malas menuntut ilmu, apalah
lagi ilmu agama'. Apabila seseorang mengambil berat urusan
peribadi kita, bermaksud orang itu sudah memiliki kemahiran
hidup (falsafah) yang dapat memanfaatkan diri kita.
Apabila seseorang
berkata 'jangan menyibuk' sebenarnya diri mereka tidak ada
sesuatu yang dapat memanfaatkan orang lain dalam banyak perkara
- tentang hidup dan pengetahuan. Sama-samalah warga Muslim KTTI untuk mensedekah al-fatihah
kepadanya. Amin.
Anda
dan
Halaman KTTI
Pastikan
halaman ini terus diselenggara dan menjadikan ia sebagai sebuah
web centre yang menyimpan sejumlah besar data dan butiran
peribadi bagi warga dan kursus itu. Kita percaya usaha
murni itu dapat dilaksanakan dengan jaya. Salam hormat.
Edisi ini masih dalam pembinaan.
Semua bentuk pertanyaan teknikal
mengenai halaman boleh menghubungi saudara ZecK/Anuar di
0125581041 atau di
anazil73@mailcity.com .
|