Klik dapatkan Berita/artikel terkini kLIK dapatkan gambar terbaik pilihan
 

Terima kasih sudi mengunjungi halaman kami yang tidak seberapa ini.  Halaman ini di bangun untuk skrin bersaiz 800x600 dpi, penggunaan Internet Explorer Versi  4.0 keatas.  Selamat menyambut tahun baru, jika masih dalam modi untuk tahun 2004.  Kami mengucapkan selamat kembali ke KTTI mereka yang baru kembali dari latihan industri untuk 6 bulan yang lalu.  Terima kasih kepada sponsor kami sudi memberi laluan mudah bagi tujuan pembangunan/penulisan halaman ini.

 

Halaman ini akan terus membawa perubahan-perubahan untuk dijadikan cita murni warga KTTI membangun web centre kursus itu berjaya pada masa akan datang.  Kemudahan dalam beberapa 'script' untuk penulisan dan aturcara halaman lebih terkini, dapat memudah tugasan tersebut.  Penggunaan PHP memiliki banyak kelebihan yang lebih maju dari penulisan serta penggunaan HTML pada asasnya.  Namun, tiadalah erti penggunaan sesuatu yang baru, dianggap terkini tetapi pengguna tidak dapat memahirkan diri serta melakukan sesuatu yang produktif dan kreatif.

 

Kami sendiri masih menggunakan konvensional HTML generator - FRONTPAGE.  Kreativiti dan sentiasa mencari dan melakar idea yang baik, lain dari yang lain tanpa mengambil konsep, buah fikiran orang lain kemudian menjadi sebahagian dari halaman anda, adalah sikap yang tidak jujur dan ikhlas, terhadap diri sendiri - kemampuan, kreativiti dan idea.  Kami sentiasa 'menjadikan buah fikiran dan kemampuan diri sendiri' adalah aset terpenting dalam membangun diri dan kerjaya.

 

Menuntut iLmu agama bukan untuk berpidato Menuntut ilmu adalah satu 'kewajipan' ke atas laki-laki dan perempuan Muslim, tanpa mengira keturunan dan bangsa atau suku sakat.  Bebaskan diri dari 'kejahilan', tuntutlah ilmu agama untuk mencari keredhaan Allah ta'ala dan kita akan lebih mengetahui tentang berbagai perkara, baik tentang ibadat fardhu ain ataupun yang disunatkan.  Terdapat orang yang menuntut ilmu agama untuk menjadi seorang 'pemidato', kemudian menjadi hakim untuk 'menentukan' orang lain itu masuk syurga, halal dan haramnya mereka.

 

Lebih malang terdapat  individu yang 'tidak mengenal apa yang dikatakan' - riak.  Riak adalah 'penyakit hati' dan musuh nombor satu yang perlu dihindari.  Sabda Nabi Muhammad saw, aku paling takuti akan berlaku dikalangan umat ku di akhir zaman ialah syirik kecil Kemudian orang bertanya lagi apa itu dikatakan syirik kecil? Jawap baginda riak.  Setiap orang yang berilmu terdapat 'hijab' yang menghalangnya antara hubungan tuhan dengan dirinya, setiap ahli ibadat, setiap individu itu terdapat hijab yang menyelubungi 'hati' mereka menerima dan melihat sesuatu yang hakikat (sebenarnya).

 

hijab (penghalang) utama pada manusia itu tidak lain ialah 'kewujudan dirinya' sendiri.  Bagi mereka yang ingin dan berminat atau mempunyai kecenderungan untuk mendalami ilmu agama, carilah dari sumbernya.  Jika menuntut ilmu agama pastikan dari guru agama bukanlah mencari ilmu dari ahli politik, guru silat, guru kebatinan walau mereka mendakwa atau berkebolehan mengajar beberapa ilmu dan pengetahuan agama.  Carilah guru agama yang ikhlas dan telus, membebaskan diri dari hal ehwal duniawi dan mengaut keuntungan.

 

Ruangan yang  terhad ini saya lampirkan 'tulisan peribadi' yang dihadiah dan dikhususkan kepada seseorang yang akan memulakan pelayarannya di lautan yang sangat luas...saudara Halim Shah Hamzah, (sesuatu yang miracle). Klik di sini >> Anda juga boleh turut berkongsi pengalaman dengan apa yang saya tulis dari hati secara langsung.

 

Baud rate TMNET, JARING dan STREAMMIX yang terbaru adalah kemudahan dan perkembangan dapat dimanfaat oleh semua pengguna.  Steammix akan memberi ruang kepada pengguna Internet sentiada berada dalam talian untuk tempuh 24 jam sehari tanpa perlu memikirkan tentang kos.  RM 80.00 bulanan lebih baik dari talian biasa dan prepaid.  Namun, keadaan baud rate 300-400 Kbs tidak meliputi seluruh kawasan penempatan.  Sejumlah 300 kbs pada kelajuan itu sudah mencukupi bagi akses signal data dan multimedia lain berbanding talian hanya mencecah 38, 48 Kbs dengan modem berkelajuan 56 Kbs.

 

Tidak semua orang mengetahui, kemudahan itu sedia ada dalam infrastruktur Telekom tetapi hanya menunggu kuasa beli dan permintaan.  Kabel optik yang ditanam sepanjang pantai di antara Pulau Langkawi hingga ke Johor dapat menampung lebih dari itu.  Penggunaan perkhidmatan COINS - Corporate Organization International Network System (kalau tidak silap saya) mencecah sehingga 100 Mbs.  Talian itu bukanlah dibangun bagi pengguna awam.

 

Anda dapat memanfaat kemudahan itu, menjimatkan sejumlah besar kos bulanan.  Harga modem pada peringkat awal untuk dikeluar sejumlah RM 200.00 tidaklah tinggi berbanding kemudahan yang bakal diterima.  Kelajuan baud rate sehingga 300 Kbs lebih baik dari kelajuan pada 48 Kbs.  Tidak ada ertinya juga apabila hanya digunakan untuk berbual-bual dalam talian (chating) sepanjang 24 jam.  Lebih baik anda mencari hebahan dan maklumat yang dapat membantu pengetahuan dan pembelajaran.

 

Pembelajaran dalam talian  Seingat saya sewaktu menduduki tingkat 4 di sebuah sekolah teknik di utara, subjek paling disukai ialah ASAS PEMPROSESAN MAKLUMAT, segala bentuk nota mata pelajaran keseluruhannya saya taipkan ke dalam komputer - wordstar di zaman itu.  Hasilnya dapat menanam minat mendalam sekaligus dapat menguasai beberapa subjek bersangkutan.  Kini, utusan.com.my menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian adalah kemudahan terkini.

 

Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang masih menduduki sekolah rendah dan menengah adalah lebih baik untuk mendapatkan kemudahan itu - INTERNET.  Laman itu menyediakan pembelajaran secara ONLINE dengan mendapatkan nota-nota dan rujukan dalam talian.  Download dan cetak!  Pengalaman lalu dengan bantuan komputer dalam mata pelajaran, saya percaya minat untuk maju pelajaran juga akan terdorong.  Saya sedang menunggu seorang pelajar berusia 13 tahun, tingkatan 1 yang akan menjadi bahan eksperimen (peribadi) - bagaimana komputer dan internet dapat meningkat prestasi/cenderung kepada mata pelajaran.

 

JIka pengamatan saya itu membuahkan hasil seperti pengalaman yang lalu, adalah satu kemestian orang Melayu untuk mendapatkan kemudahan internet dalam rumah mereka sebagai bantuan pembelajaran bagi anak-anak mereka yang berpendidikan rendah dan menengah.  Internet dan komputer bukan sebagai bahan hiburan dan pelaburan yang membazir wang ringgit tetapi sebagai  satu bentuk keperluan hidup moden kapitalisme.

 

Ucapan takziah kepada Mohd. Zaki Mat Ali serta keluarga

Kesempatan ini juga pihak pembangun halaman - terdiri seluruh warga KTTI, staf/kakitangan, pengurusan hinggalah kepada pemandu kenderaan saudara Weis (yang telah dilucutkan jawatan) mengucap takziah sempena 'ibu mereka' kembali ke rahmatullah pada Februari 1, 2004 jam 2 pagi bersamaan pada Hari Raya Aidil-adha pertama. 

 

Seorang balu berusia lingkungan 60-an, suami seorang bekas tentera berpangkat sarjan yang sudah 10 tahun meninggal akibat sakit jantung.  Apa yang menarik ialah suaminya meninggal pada 2 haribulan Februari dan isterinya pula pada 1 haribulan Februari 2004 genap 10 tahun.  Panggilan (sakratul-maut) untuk kembali kepada tuhan tidak mengenal usia dan waktu.  Mereka yang hidup terus berjalan pada paksi sebagaimana terbaik baginya.

 

Orang muda, perlu sentiasa mengingati mati. Mengingati mati itu 'merupakan satu ibadat'.  Jika saya mati terlebih dahulu, amanat paling penting di mana-mana ialah 'jangan malas menuntut ilmu, apalah lagi ilmu agama'.  Apabila seseorang mengambil berat urusan peribadi kita, bermaksud orang itu sudah memiliki kemahiran hidup (falsafah) yang dapat memanfaatkan diri kita. 

 

Apabila seseorang berkata 'jangan menyibuk' sebenarnya diri mereka tidak ada sesuatu yang dapat memanfaatkan orang lain dalam banyak perkara - tentang hidup dan pengetahuan.  Sama-samalah warga Muslim KTTI untuk mensedekah al-fatihah kepadanya.  Amin. 

 

Anda dan Halaman KTTI Pastikan halaman ini terus diselenggara dan menjadikan ia sebagai sebuah web centre yang menyimpan sejumlah besar data dan butiran peribadi bagi warga dan kursus itu.  Kita percaya usaha murni itu dapat dilaksanakan dengan jaya.  Salam hormat.  Edisi ini masih dalam pembinaan.

 

Semua bentuk pertanyaan teknikal mengenai halaman boleh menghubungi saudara ZecK/Anuar di 0125581041 atau di anazil73@mailcity.com .

 

Halaman ini dibangun untuk skrin bersaiz 800X600 dpi dengan Penggunaan I.Explorer

Versi 5.0 ke atas.  Semua artikel, foto, konsep dan rekacipta halaman adalah

terpelihara dan milikan penuh oleh Warga KTTI Kursus Animasi 2002 Kelolaan

Saudara Aziez (Nuar) dan Zeck.  Semua kerja-kerja menyalin tulis, penduaan,

salinan dari setiap bahan helaian dalam halaman dengan maksud untuk menerbit

atau mencetak semula perlu mendapat keizinan atau pemberitahuan kepada

saudara Anuar (Aziez) yang boleh menghubungi di 0125581041 atau Zeck atau

boleh dihubungi di emaiL animasi_ktti@yahoo.com ®

 

Hakcipta Terpelihara Januari 2004®

Gambar terkini coursemate Kolej Komuniti Teluk Intan bagi kursus Sijil Animasi Kreatif Multimedia
KLIK disini untuk dapatkan beberapa tips dan bantuan teknikal mengenai pembangunan laman web - dari pengalaman kami.
ALbuM - Visit the page, Find many of the photos You know about.  Friend, team-mates and school mates.  CLICK HERE

KLik pada dOWNLoad untuk dapatkan gambar Kenduri Kahwin PADA 28/12/2003, fail dalam format original digital untuk cetakan gambar foto di FUJIFILM DIGITAL CENTRE.

KLIK DI SINI UNTUK PAPARAN SKRIN

KLik pada dOWNLoad untuk dapatkan gambar Hari Raya Aidil-adha 2004.  Semua kaum TUDM dapatkan gambar untuk cetakan foto.  Gambar/fail tersebut hendaklah dikirim ke kedai FUJIFILM DIGITAL CENTRE sahaja. HARAP MAKLUM

KLik pada dOWNLoad untuk dapatkan gambar Hari Raya Aidil-FITRI 2003  Mereka yang berminat dapatkan salinan original.  Fail tersebut untuk cetakan gambar foto di FUJIFILM DIGITAL CENTRE sahaja.  HARAP MAKLUM

sarJaN

KLik di sini untuk dapatkan salinan gambar 2003 warga DiT/Mekanikal/Ukur Tanah di Pekan Razaki - Sarjan.