Kamus Bahasa Melayu-English dengan definisi Bahasa Melayu

 

Copyright ©Ahmad Arafat

A  B  C  D  E  F  G  H  I  J  K   L  M  N  O  P  Q  R  S  T  U  V  W  X  Y  Z               LAMAN UTAMA

 

 

Huruf Z

 

Zabaniah
1 nama malaikat yang menjaga neraka


the angel that looks after hell



Zabur
1 nama kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.


the Psalm of David



Zamzam
1 nama telaga di Mekah yang tidak pernah kering - CTH telaga Zamzam, air Zamzam


Zamzam



Zionis
1 orang yang mempercayai dan berusaha mewujudkan sebuah negara Yahudi bagi orang Yahudi di Palestin


Zionist



Zionisme
1 satu pergerakan dan kepercayaan untuk mewujudkan negara Yahudi bagi orang Yahudi di Palestin


Zionisme



Zuhal
1 nama planet yang keenam dari matahari dalam cakera suria


Saturn



Zuhrah
1 nama planet yang kedua dari matahari dalam cakera suria; bintang Kejora


Venus



Zulhijah
1 nama bulan yang kedua belas dalam tahun Hijrah; bulan haji


Zulhijah



Zulkaedah
1 nama bulan yang kesebelas dalam tahun Hijrah


Zulkaedah

 

zadah
1 anak di luar nikah; anak haram


bastard



zahid
1 orang yang tidak mementingkan hal-hal keduniaan; pertapa


ascetic



zahir
1 yang nyata kelihatan; lahir


external



zaitun
1 nama pohon atau buahnya, yang buahnya boleh dibuat minyak


olive



zakar
1 kemaluan lelaki; butuh; pelir


penis



zakat
1 sejenis cukai yang diwajibkan kepada orang Islam


alms, tithe



zakat fitrah


1 zakat yang dibayar sekali setahun pada akhir bulan puasa


tithe



zalim
1 tidak mempunyai perasaan belas kasihan; kejam; bengis
2 tidak berlaku adil; aniaya


cruel; merciless
unjust; tyrannical



zaman
1 tempoh yang lama; masa; waktu


period; time; age



zaman atom


1 masa orang sudah pandai menggunakan tenaga atom


the atomic age



zaman bahari


1 masa dahulu; zaman kuno


ancient time



zaman batu
1 masa manusia menggunakan batu sebagai senjata atau alat


the stone age



zaman gangsa


1 masa manusia sudah pandai menggunakan gangsa


the bronze age



zaman gemilang


1 masa sesuatu masyarakat berada dalam keadaan makmur; zaman keemasan


golden age



zaman jahiliah
1 masa manusia hidup tanpa petunjuk sebelum Islam


the age of ignorance



zaman purbakala


1 masa lampau


ancient time



zaman sekarang


1 masa ini


the present



zamrud
1 sejenis batu permata yang hijau warnanya; jumantan


emerald



zan
1 rasa kurang percaya; syak; curiga; waham; sangsi


doubtful; suspicious



zapin
1 sejenis lagu dan tarian dari negeri Arab


a type of song and dance from Arabia



zarah
1 zat yang halus sekali


particle



zat
1 sesuatu yang mewujudkan sesuatu; unsur
2 pati daripada makanan


element
essence



zat makanan


1 pati dalam makanan yang berguna kepada manusia, haiwan dll


nutrient



zeroks
1 yang berkaitan dengan penyalinan foto CTH mesin zeroks, salinan zeroks; salin foto


xerox



ziarah
1 perbuatan pergi melihat sesuatu tempat; lawatan; kunjungan


a visit



zigot
1 sel yang terbentuk daripada persenyawaan benih jantan dengan benih betina


zygote



zikir
1 perbuatan menyebut nama Allah berulang-ulang kali; ratib; wirid


to repeat the name of Allah



zilofon
1 sejenis alat muzik yang dibuat daripada bilah-bilah kayu yang dipukul dengan pemalunya


xylophone



zimase
1 sejenis enzim yang terdapat dalam ragi


zymase



zina
1 persetubuhan yang dilakukan di luar nikah; mukah


adultery



zindik
1 orang yang tidak mempercayai agama Allah yang sebenarnya; orang sesat


a disbeliever



zink
1 logam yang bewarna biru keputih-putihan
2 logam yang digunakan untuk membuat atap, baldi dll; ayan


zinc



zip
1
alat bergerigi untuk mengancing baju, seluar dll


zip



zirafah
1 sejenis haiwan yang tinggi dan berleher panjang


giraffe



zon
1 kawasan yang mempunyai ciri-ciri tertentu untuk tujuan tertentu; lingkungan


zone



zoo
1
taman di mana pelbagai binatang dipelihara untuk tontonan orang ramai; taman haiwan


zoo



zoologi
1 ilmu berkenaan haiwan; ilmu haiwan


zoology



zuhur
1 tempoh antara waktu matahari tergelincir hingga lebih kurang pukul 4.00 petang


afternoon to early evening



zuriat
1 keturunan; anak cucu


descendent