Kamus Bahasa Melayu-English dengan definisi Bahasa Melayu

 

Copyright ©Ahmad Arafat

A  B  C  D  E  F  G  H  I  J  K   L  M  N  O  P  Q  R  S  T  U  V  W  X  Y  Z               LAMAN UTAMA

 

Huruf U

 

 

Ungku
1 gelaran bagi orang yang berdarah raja; tengku


prince



Uranus
1 nama planet yang ketujuh dari matahari dalam cakera suria


Uranus



Utarid
1 planet yang hampir sekali dengan matahari dalam cakera suria


Mercury



Utopia
1 negara idaman yang sempurna segala-galanya


Utopia

 

 

 

uak - uak
1 nama sejenis burung ayam-ayam


a type of bird



ubah
1 bertukar daripada keadaan asal; menjadi lain


to change



ubah ansur


1 perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit; evolusi


evolution



ubahsuai
1 menjadikan sesuatu lain daripada asalnya


to modify



ubahsuaian


1 sesuatu yang ditukar supaya sesuai


modification



uban
1 rambut yang menjadi putih


grey hair



ubat
1 sesuatu yang dapat menyembuhkan penyakit; penawar
2 bahan kimia yang digunakan untuk pelbagai tujuan


medicine
chemicals



ubat getah


1 asid yang digunakan untuk membekukan susu getah; cuka getah, asid formik


formic acid



ubat nyamuk


1 ubat untuk membunuh atau menghalau nyamuk


mosquito repellant



ubat periuk


1 akar kayu yang direbus dan diminum airnya


herbal medicine



ubat tidur


1 ubat yang dimakan untuk mudah tidur


sleeping pill



ubi
1 akar yang membesar yang biasanya boleh dimakan: CTH ubi kayu, ubi keledek, ubi kentang


tuber



ubin
1 kepingan batu untuk dibuat lantai; jubin


tile



ubun - ubun
1 bahagian kepala yang hampir dengan dahi


fontanelle



ubur - ubur
1 sejenis binatang laut yang berjurai-jurai; ampai-ampai


jellyfish



ucap
1 apa-apa yang dituturkan; ujaran; kata-kata
2 cara menyebut sesuatu kata; lafaz; sebutan
3 syarahan; pidato


utterance
pronunciation
speech



ucapan


1 apa-apa yang dituturkan; ujaran; kata-kata
2 cara menyebut sesuatu kata; lafaz; sebutan
3 syarahan; pidato


utterance
pronunciation
speech



ucapan selamat


1 kata-kata mendoakan keselamatan


greeting; good wishes



ucapan tahniah


1 kata-kata untuk menyampaikan


congratulations



ucapan takziah


1 kata-kata untuk menyampaikan perasaan dukacita


condolences



ucis
1 bahagian peluru yang meletup apabila terhantuk; penggalak


part of the bullet that makes it explode



uda
1 kependekan bagi 'muda': CTH pak uda, mak uda


short form of young



udang
1 binatang berkulit keras, berkaki sepuluh dan berekor yang hidup dalam air masin atau air tawar dan boleh dimakan: CTH udang galah, udang kara, udang kertas


prawn; shrimp; lobster



udara
1 campuran pelbagai gas di muka bumi; hawa; atmosfera
2 ruang yang hampir dengan muka bumi yang berisi gas-gas; angkasa
3 yang berkaitan dengan penerbangan: CTH tentera udara, pos udara
4 keadaan cuaca; hawa


air; atmosphere
atmosphere
air
weather



udarakasa


1 lapisan udara yang meliputi bumi; atmosfera


atmosphere



udik
1 kawasan di hulu sungai
2 kampung; desa; dusun


upper course of a river
village; interior



ufti
1 persembahan yang dibayar oleh negara kecil kepada negara besar yang menakluknya


tribute



ufuk
1 kaki langit


horizon



ugut
1 sesuatu yang bertujuan menakutkan; ancaman; gertak


threat



ugutan


1 sesuatu yang bertujuan menakutkan; ancaman; gertak


threat



uja
1 membangkitkan semangat untuk berlawan; memberangsangkan
2 membangkitkan kemarahan; menghasut; mengapi-apikan


to encourage
to incite



ujang
1 panggilan kepada anak lelaki


boy



ujar
1 apa-apa yang dituturkan; kata; perkataan


utterance



ujaran


1 apa-apa yang dituturkan; kata; perkataan


utterance



uji
1 pemeriksaan untuk mengetahui buruk baiknya sesuatu
2 peperiksaan untuk mengetahui pengetahuan, kecekapan dsb
3 percubaan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih dalam
4 pengalaman untuk mengetahui kesabaran, kegigihan dsb; cubaan; dugaan


test
experiment
trials



uji kaji


1 percubaan untuk menyelidik atau mengetahui sesuatu; eksperimen


experiment



ujian


1 pemeriksaan untuk mengetahui buruk baiknya sesuatu
2 peperiksaan untuk mengetahui pengetahuan, kecekapan dsb
3 percubaan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih dalam
4 pengalaman untuk mengetahui kesabaran, kegigihan dsb; cubaan; dugaan


test
experiment
trials



ukir
1 yang berkaitan dengan hiasan yang dibuat dengan memahat, menggores dsb: CTH juruukir, seni ukir


carving



ukir - mengukir


1 hal-hal yang berkaitan dengan pengukiran


carvings



ukiran


1 kerja atau cara mengukir
2 hasil daripada mengukir


way of carving
carving



ukulele
1 gitar kecil bertali empat


ukulele



ukup
1 wangi-wangian yang dibakar


incense



ukupan


1 wangi-wangian yang dibakar


incense



ukur
1 yang berkaitan dengan sukat-menyukat; CTH juruukur, pita ukur


measure



ukur lilit


1 sukatan lilit sesuatu rajah


perimeter



ukuran


1 hasil daripada kerja mengukur; sukatan
2 saiz sesuatu; dimensi
3 unit yang digunakan ketika mengukur; sukatan


a measurement
dimension
measure



ulam
1 daun-daunan atau buah-buahan yang dimakan dengan nasi


fruits or vegetables eaten with rice; salad



ulama
1 orang yang ahli tentang agama Islam


Muslim scholar



ulang
1 yang diadakan sekali lagi


repeat



ulang - alik


1 bolak-balik; mundar-mandir


to and fro



ulang bicara


1 perbicaraan yang diadakan sekali lagi


appeal



ulang cetak


1 cetakan semula


reprint



ulang kaji


1 kajian semula


revision



ulang tahun


1 hari jadi
2 perayaan untuk mengingati peristiwa penting


birthday
anniversary



ulang tayang


1 tayangan semula


a repeat



ulangan


1 sesuatu yang dilakukan sekali lagi


repetition



ular
1 sejenis binatang reptilia yang tidak berkaki yang menjalar


snake



ular danu


1 cahaya yang berwarna-warni yang melengkung di udara; pelangi


rainbow



ular- ularan


1 kejang urat betis, paha dsb


cramp



ular-ular


1 pembuluh getah, plastik dsb; hos


a hose



ulas
1 kain sampul bantal, tilam dll; sarung bantal; sarung tilam
2 pejodoh bilangan bagi buah yang berbiji
3 memberi keterangan tentang sesuatu; mengupas; mentafsirkan


cover
numeral coefficient for fruits with pips
to comment



ulasan


1 keterangan yang diberi tentang sesuatu; huraian; tafsiran


commentary



ulasan selari


1 huraian tentang suatu peristiwa yang sedang berlaku


running commentary



ulat
1 binatang kecil yang lembut; larva


worm; larva



ulat bulu


1 ulat yang berbulu badannya; sepedih


hairy caterpillar



ulat sutera


1 ulat yang mengeluarkan benang sutera


silkworm



uli
1 meramas tepung yang dicampur air dengan tangan; mengadun


to knead



ulit
1 berdondang untuk menidurkan anak


to lullaby a child to sleep



ultimatum
1 pilihan terakhir; kata dua


ultimatum



ultrasonik
1 yang berkaitan dengan gelombang bunyi yang melampaui takat pendengaran manusia; CTH jet ultrasonik


ultrasonic



ulung
1 sudah lama berbakti; yang banyak pengalaman
2 yang cekap; mahir; terbaik; pintar
3 yang mula-mula sekali; sulung


of long service
efficient; skilled
the earliest



umang - umang
1 sejenis ketam laut yang kecil dan bersarang dalam kulit siput
2 orang yang suka menunjuk-nunjuk dengan harta orang lain


hermit crab
sponger



umat
1 orang banyak; orang ramai; rakyat


the common man



umat Islam


1 penganut agama Islam


Muslim



umat Melayu


1 seluruh orang Melayu, bangsa Melayu


the Malays



umat manusia


1 seluruh manusia


mankind



umbai
1 yang berjumbai; yang berjurai-jurai


fringe



umbalan
1 wang tambang; wang sewa


1 wang tambang; wang sewa



umbang
1 terapung-apung di permukaan air; mengapung


to float



umbar
1 melepaskan sesuatu dari kurungan; membebaskan; memerdekakan 2 menurutkan hawa nafsu


to follow one's desires



umbi
1 akar yang berisi dan membesar
2 pangkal pokok berdaun tunggal seperti kelapa, pinang dll
3 punca sesuatu; asal; perdu


tuber
base of palm tree
root; cause



umbisi
1 bahagian batang dalam tanah yang membesar seperti bawang


bulb



umbra
1 bahagian bayang yang paling gelap


umbra



umbut
1 pangkal pucuk palma yang lembut dan biasanya boleh dimakan


palm pith



ummi
1 orang yang buta huruf


illiterate



umpama
1 suatu yang menjadi bandingan; ibarat; misal
2 sama dengan; seperti; laksana; sebagai; macam


example
like, as



umpamakan
1 jika sekiranya; andai kata; andainya


for instance; if



umpamanya


1 jika sekiranya; andaikata; andainya


for instance; if



umpan
1 makanan yang digunakan pemikat
2 mangsa; habuan; korban
3 sesuatu yang digunakan atau dilakukan untuk memikat atau memperdaya orang; pemikat; penawan


bait
victim
trap; bait



umpat
1 kata-kata yang dikeluarkan di belakang seseorang untuk memburuk-burukkannya, mengejeknya dsb; cacian; cercaan


malicious gossips; slander



umpatan
1 kata-kata yang dikeluarkan di belakang seseorang untuk memburuk-burukkannya, mengejeknya dsb; cacian; cercaan


malicious gossips; slander



umpil
1 mengangkat sesuatu yang berat dengan menggunakan tuas; mengungkil; menuil; menuas


to lever up



umrah
1 ibadah yang dilakukan apabila menziarahi Kaabah; haji kecil


umrah



umum
1 yang berkaitan dengan orang ramai; awam; am: CTH rapat umum, cuti umum
2 tidak khusus, tidak mendalam; menyeluruh; am


public
general



umur
1 jangka masa sejak dilahirkan atau diadakan; usia; baya
2 nyawa; hayat; kehidupan


age
life



uncang
1 karung kecil untuk mengisi barang-barang; pundi-pundi; dompet


kitbag; knapsack



uncang semaian


1 karung kecil daripada plastik untuk menyemai benih pokok


nursery bag



undan
1 berlama-lama membuat sesuatu; berlengah-lengah
2 sejenis burung air yang besar


to dilly-dally
pelican



undang
1 mengajak seseorang datang; menjemput
2 gelaran jawatan pembesar adat di Negeri Sembilan Darul Khusus
3 peraturan yang digubal oleh pemerintah; kanun
4 peraturan yang digubal oleh suatu badan yang berkuasa
5 rumusan yang dibuat berasaskan kajian peraturan alam; hukum


to invite
chieftain
law
ordinance; statute
scientific law



undang - undang


1 peraturan yang digubal oleh pemerintah; kanun
2 peraturan yang digubal oleh suatu badan yang berkuasa
3 rumusan yang dibuat berasaskan kajian peraturan alam; hukum


law
ordinance; statute
scientific law



undang -undang darurat <


1 undang-undang yang digubal dan dilaksanakan pada masa darurat


emergency law



undangan


1 panggilan untuk datang; jemputan
2 orang yang dijemput; jemputan; tamu-tamu; tetamu


invitation
guest



undi
1 sesuatu yang berkaitan dengan penentuan sesuatu
2 penentuan yang dibuat dengan cara memilih; suara


lot
vote



undur
1 bergerak ke belakang; mundur; surut
2 pergi ke tempat yang selamat; beralah


to retreat



unggas
1 segala jenis burung


birds



unggis
1 menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan; menggerip; menggerit


to nibble; to gnaw



unggul
1 lebih daripada yang lain; terbaik; utama; istimewa


superior; excellent



unggun
1 longgokan kayu, sampah dll; timbunan; himpunan; tompokan


a pile of wood etc



unggun api


1 longgokan kayu, sampah dll yang sedang terbakar


bonfire



unggunan


1 longgokan kayu, sampah dll; timbunan; himpunan; tompokan


a pile of wood etc



unggut
1 menarik sesuatu kuat-kuat; merenggut


to pull sharply



ungka
1 sejenis kera yang tidak berekor tetapi panjang tangannya; wakwak


gibbon



ungkai
1 membuka ikatan atau simpulan tali; mengorak; mengurai
2 membatalkan perjanjian dsb; memansuhkan
3 menyelidik sesuatu hingga terbongkar; membongkar


to untie
to abrogate, to anull
to probe



ungkal
1 tidak mahu menurut kata; degil; tegar


stubborn



ungkap
1 melahirkan perasaan, fikiran dsb dengan kata-kata; menyatakan


to express



ungkapan


1 susunan kata-kata yang mempunyai maksud tertentu yang diucapkan atau ditulis; ujaran; rangkaian kata
2 rangkaian kata tertentu dengan maksud tertentu; simpulan bahasa


expression
idioms



ungkil
1 menaikkan sesuatu dengan tuas dsb; menuil; mengumpil; mengungkit


to lever up; to prise up



ungkit
1 menaikkan sesuatu dengan tuas dsb; menuil; mengumpil; mengungkil
2 membongkar perkara yang lepas; membangkitkan; mengungkit-ungkit;


to lever up; to prise up
to digs the past



ungsi
1 berpindah ke tempat lain supaya selamat; berhijrah


to flee to safety



ungu
1 warna merah bercampur biru; merah bongor


purple



uniform
1 pakaian khas untuk sesuatu kumpulan; pakaian seragam


uniform



unik
1 tidak serupa dengan yang lain; ganjil; tersendiri


unique



uniseks
1 yang boleh dipakai, dilanggani dsb oleh lelaki dan perempuan; CTH seluar uniseks, fesyen uniseks


unisex



unit
1 bahagian daripada sesuatu yang boleh berdiri sendiri
2 kadar yang digunakan untuk menyukat sesuatu; satuan


unit



universiti
1 institusi pengajian tinggi yang mengajar berbagai-bagai bidang dan menjalankan penyelidikan


university



unjap
1 pintu lukah yang berbentuk corong; injap


the mouth of a fish trap



unjuk
1 menghulurkan sesuatu ke hadapan dengan tangan ketika memberi


to extend something by hand



unjur
1 duduk atau berbaring dengan meluruskan kaki; berlunjur
2 melakar suatu objek dari arah tertentu


to sit or lie down with legs stretched forward
to sketch from a certain view



unjuran


1 lakaran suatu objek dari arah tertentu


view from



unsur
1 bahagian yang terkecil daripada sesuatu yang tidak dapat dibahagi lagi; anasir
2 bahan; hal; perkara


element



unta
1 sejenis binatang di kawasan gurun yang berleher panjang dan berbonggol belakangnya


camel



untai
1 tali yang digunakan untuk mengarang manik, tasbih dll
2 penjodoh bilangan bagi benda yang berangkai; utas
3 beberapa baris ayat yang menjadi sajak, pantun dsb yang lengkap


thread for beads
numeral coefficient for threaded things
couplet



untaian


1 sesuatu yang bersambung-sambung; rangkaian; rentetan


chain of



unting
1 penjodoh bilangan bagi sesuatu yang telah digabung; berkas


numeral coefficient for things tied together



unting - unting


1 tali yang berbandul untuk menentukan tegak tidaknya sesuatu


perpendicular thread



untuk
1 bagi; buat
2 dengan tujuan; kerana
3 sebagai
4 supaya
5 hendak


for
to



untung
1 apa-apa yang telah ditakdirkan; nasib
2 nasib baik; mujur
3 laba dalam perniagaan; keuntungan
4 faedah; manfaat; keuntungan


fate
luckily
profit
advantage



untung bersih


1 laba yang diperolehi setelah ditolak semua perbelanjaan


net profit



untung kasar


1 laba yang belum ditolak segala perbelanjaan


gross profit



untung rugi


1 barangkali; kalau-kalau


perhaps



untung untung


1 barangkali; kalau-kalau; untung-untung
Contoh ayat: Mari kita jumpa beliau, untung-untung beliau mahu menolong kita.


perhaps



untut
1 penyakit bengkak kaki; sakit gajah


elephantiasis



upacara
1 majlis yang mengikut adat; majlis rasmi; istiadat
2 tanda kebesaran raja, kerajaan dsb; alat kerajaan


ceremony
insignia; regalia



upaduta
1 naib atau timbalan duta besar


deputy to an ambassador



upah
1 wang yang dibayar kepada orang yang melakukan sesuatu; baksis


fee



upam
1 menjadikan sesuatu berkilat; menggilap; mengilatkan


to shine; to polish



upas
1 sejenis racun yang dibuat daripada getah pokok


a type of poison



upaya
1 daya; kemampuan
2 usaha untuk mencapai sesuatu; daya usaha; ikhtiar


capability
resource



upih
1 pangkal pelepah palma yang lebar dan tipis


flower sheath of palms



ura - ura
1 cadangan; usul


proposal



urai
1 bercerai-cerai; berderai-derai
2 tidak bersimpul lagi; terbuka


to be in loose form
to be loose



uraian
1 hasil daripada menguraikan sesuatu; analisis; orakan


analysis



uranium
1 logam radioaktif yang berwarna putih


uranium



urap
1 bedak cair yang wangi; boreh
2 kelapa parut yang dicampur rempah untuk dimakan dengan pulut, ubi dll


salve
spiced dessicated coconut



urat
1 saluran kecil dalam tubuh untuk darah mengalir; pembuluh darah
2 gumpalan daging yang menggerakkan anggota badan; otot
3 tisu halus seperti benang dalam daging
4 serat yang terdapat pada kayu
5 jalur-jalur pada permukaan kayu, batu dll; ira
6 tulang daun
7 penjodoh bilangan bagi benda halus dan panjang
8 mengusik-usik perempuan untuk memikatnya atau kerana bersuka-suka


vein
tendon
fibre
plant tissue
grain
veins in leaf
numeral coefficient for long and thin things
to flirt



urat nadi


1 salur darah yang berdenyut


artery



urat saraf


1 tisu yang menjadi alat perasa


nerves



urea
1 sebatian amonia dan karbon dioksida yang terdapat dalam air kencing mamalia


urea



uri
1 benda yang keluar setelah bayi dilahirkan; tembuni
2 berpusing dengan ligat sekali bagi gasing


placenta
to spin very fast



urus
1 berhubung untuk menyelesaikan sesuatu
2 dijaga dengan rapi; terpelihara


to communicate
to be well-kept



urus niaga


1 urusan yang berkaitan dengan perniagaan atau perdagangan; urusan perniagaan


business transaction



urus setia


1 pejabat yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran, kesetiausahaan dan perkeranian; sekeretariat
2 pegawai dan kakitangan yang bekerja di sekretariat


secretariat



urusan


1 sesuatu yang diurus; pekerjaan
2 hal yang perlu diurus; fasal


business
affair



urut
1 yang berkaitan dengan perbuatan memicit dan menggosok badan; CTH minyak urut, rumah urut, tukang urut
2 susunan yang berturut-turut; rentetan


massage; massaging
order; sequence



urutan


1 susunan yang berturut-turut; rentetan


order; sequence



usah
1 jangan
2 perlu; payah


do not
need to



usaha
1 ikhtiar untuk mencapai sesuatu


effort



usaha sama
1 perusahaan yang diusahakan secara berkongsi oleh beberapa pengusaha


joint venture



usahkan


1 jangankan; apalagi


what more



usai
1 sudah selesai; berakhir; bubar
2 habis
3 tidak terurus bagi rambut, pakaian dsb; terbiar; terurai


to be over
to be finished
unkempt



usang
1 kering dan tidak berisi bagi padi dsb
2 kering dan tidak terurus bagi rambut; kersang
3 sudah lama terpakai atau tersimpan bagi barang; lapuk
4 sudah tidak digunakan lagi bagi bahasa, adat dsb; kuno
5 tidak subur lagi bagi tanah; kersang


dry and barren for rice
dry and unkempt for hair
decrepit; wornout
outdated; obsolete
barren



usap
1 menyapu supaya kering; mengesat
2 menggosok perlahan-lahan; membelai


to wipe dry
to caress



usapan
1 gosokan yang perlahan-lahan; belaian


a caress



usia
1 jangka masa sejak dilahirkan atau diadakan; umur; baya


age



usik
1 menyentuh sesuatu sedikit; menjamah
2 mengganggu seseorang kerana bermain-main; menyakat
3 mengganggu seseorang untuk memikatnya; menggoda


to touch
to tease
to entice



usikan


1 sentuhan yang sedikit
2 gangguan untuk bermain-main; sakatan; gurauan
3 gangguan untuk memikat; godaan


a touch
teasing
enticing



usir
1 menyuruh pergi dengan paksa; menghalau
2 mengejar untuk menangkap; memburu


to drive away
to chase



usiran


1 orang yang dihalau atau diburu


one driven away or chased



uskup
1 paderi Kristian yang mengawasi sesuatu daerah


bishop



usrah
1 kelas untuk mempelajari agama Islam


Islamic class



ustaz
1 tuan
2 guru agama Islam yang lelaki


mister
male religious teacher



ustazah
1 guru agama Islam yang perempuan


female religious teacher



usul
1 pangkal sesuatu hal; asal; punca
2 yang asli; yang mula-mula: CTH naskhah usul
3 pendapat yang dikemukakan untuk dibincangkan; syor; cadangan; anjuran; saranan
4 yang dibuat dengan teliti
5 yang berkaitan dengan dasar hukum Islam: CTH ilmu usul


origin
the original
proposal; suggestion
things done thoroughly
basic tenets of Islam



usul asal


1 asal keturunan; salasilah; susur galur


origin



usul periksa


1 penyelidikan yang dibuat dengan teliti


thorough investigation



usuluddin
1 ilmu yang berkaitan dengan akidah agama Islam; ilmu tauhid


Islamic theology



usung
1 pergi dengan ditandu; naik tandu; bertandu


to be carried in a litter or stretcher



usungan


1 alat untuk mengusung; tandu
2 orang atau benda yang diusung


litter; stretcher
person or things carried together



usus
1 salur penghadaman dari perut hingga ke pelepasan; tali perut


intestine



usus besar


1 bahagian usus yang menyalurkan sisa-sisa makanan; perut tua


large intestine



usus buntu


1 bahagian usus yang berbentuk pundi-pundi kecil


appendix



usus kecil


1 bahagian usus yang menghadam makanan dan menyerap zat-zat makanan; perut muda


small intestine



usut
1 menyelidik sesuatu dengan teliti; menyiasat


to investigate



utama
1 penting sekali; terpenting; mustahak
2 paling baik; terbaik


most important; chief; main
best; excellent



utara
1 arah ke kiri apabila seseorang menghadap ke arah matahari terbit
2 mengemukakan pendapat; mengusulkan; menyarankan; memajukan


north
to propose



utas
1 tali untuk merangkai manik, buah tasbih dll
2 penjodoh bilangan bagi barang yang berangkai; lembar
3 tukang; pandai


string for beads
numeral coefficient for stringed objects
craftsman; artisan



utih
1 nama panggilan bagi anak yang keenam


nickname for the sixth child



utilitarian
1 orang yang berpegang teguh kepada utilitarianisme


utilitarian



utilitarianisme
1 fahaman bahawa sesuatu tindakan itu betul jika tindakan itu berguna


utilitarianism



utit
1 meniup serunai, seruling dll


to blow a musical instrument



utk


1 singkatan bagi untuk


short for for
to




utuh
1 tidak rosak; tidak cacat
2 tidak berpecah-pecah; lengkap; genap


undamaged
intact



utus
1 berkirim surat dsb


to correspond



utusan


1 orang-orang yang dilantik menjadi wakil; perutusan; perwakilan; delegasi


delegation



uzlah
1 pengasingan diri daripada orang banyak untuk beribadat; khalwat


seclusion



uzur
1 lemah badan; sakit
2 sesuatu yang menghalang seseorang bekerja, bertandang dsb; aral; gendala
3 datang bulan atau haid; datang kotor
4 mengandung; hamil


weak
obstacle
to have menstruation
to be pregnant