Sedikit Panduan

Halaman ini bertujuan memberi panduan bagi bakal pengunjung OIC. Seperti juga saya sebelum sampai di  OIC, anda mungkin tertanya-tanya apa agaknya kemudahan yang ada di OIC ini. Apa yang perlu dibawa dan yang tak perlu dibawa. Semoga panduan berikut memudahkan anda 'packing' barang keperluan, dan  juga 'set'kan minda anda terhadap apa yang akan ditemui dan dihadapi semasa menginap di OIC.

Bilik - Setiap orang diberi sebuah bilik berhawa dingin, lengkap dengan katil dengan satu biji bantal, meja tulis, rak buku, peti televisyen dan perakam video, almari 2 pintu, bilik air.   Cadar ditukar 2 kali seminggu. Rating saya untuk bilik  4 star.
Komen tambahan - bilik air agak sempit bagi yang berbadan besar, tapi setakat nak mandi 5 - 10 minit memadai saiznya.

Laundry room -  No problem  nak cuci baju kotor. Mesin basuh dan mesin pengering disediakan. Semua automatik. So tak perlu bawa banyak baju. Kalau setakat jeans 2 helai memadai...kurangkan berat beg. Biar ringan masa pergi....
Iron boleh pinjam dari Front B. Gosok menggosok hanya dibenarkan di laundry room. Rating 5 star.
Komen: Kalau sayangkan baju, cuci tangan saje... sebab 3 kali pakai mesin basuh dan dryer boleh hilang 'seri' warna baju.

Bilik PC di Domitory - Dibuka 24 jam dan yang paling penting ada kemudahan Internet. Tak ada masalah untuk hubungi keluarga dan rakan taulan. Peak hours during weekend and after dinner every day. Rating 4 star 
Komen: Agak sempit, sering berlanggar kerusi, tapi tetap bersyukur....

Scanner Machine - Disediakan semasa office hours di administration building. Bila dah ada Internet dan email, sudah pasti nak hantar gambar-gambar pada yang tersayang. 
Rating 5 star
Komen : No komen sebab dah cukup bagus tu...

Massage Chair - Yang ini pun ada disediakan percuma. Bagi menghilangkan rasa letih dan sengal-sengal badan bolehlah relax sambil menonton TV gergasi 28 inci. Letaknya di common room setiap floor.   Rating 4 star
Komen : 

Kemudahan aktiviti rekreasi dan sukan - Meja pingpong, snooker, bilik karaoke, bilik piano dan organ, gymnasium, padang tennis, padang bola, kolam renang boleh digunakan bagi yang berminat. Rating 4 star

 -Norhayati