LAMAN WEB PAK DINO

Perkongsian Pengalaman

"Jatuh tak bermakna gagal, tetapi jadikan tapak itu untuk melonjak ke tempat yang lebih tinggi"

                             Pakdino

 

Menerima anugerah Khidmat Cemerlang

   S aat paling bahagia ketika menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada DYMM Raja Permaisuri Agong.  Seperti sebuah mimpi mengenangkan perjalanan yang telah kulalui penuh cabaran.  Pernah gagal dalam peperiksaan Tingkatan 5.  Dua kali gagal dalam peperiksaan perguruan dan lima kali menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan.  Akhirnya setelah menjadi ayah kepada 4 orang anak baru berjaya menjejak kaki ke Universiti Malaya..    

 

"Tiada yang mustahil..jika anda tahu caranya"
  A  ku masih ingat saat-saat menghadapi makanan harian bersama-sama 13 orang adik beradik.  Bagaimana agaknya ayahku seorang yang berpendapatan RM180 dapat menyara kami. Tak pernah seharipun kami kelaparan walaupun hanya nasi dan seperiuk besar gulai. Masakan harian adalah seperti kenduri. (Allahyarhamah ibuku mungkin dapat menjadi seorang menteri kewangan yang cekap jika diberi peluang.)   Laman ini dibina tanpa pengetahuan formal tentang pembinaan laman web. Ia dihasilkan melalui "Trial & Error" - membaca buku, berjaga larut malam dan masa yang panjang.  Malu rasanya seorang yang berumur 53 tahun untuk belajar bersama-sama anak muda di dalam kelas komputer. (Mungkin aku boleh dilantik mejadi ketua kelas).  Kini,aku memberi tunjuk ajar percuma tentang penyeleng- garaan komputer, mereka laman web dan setup perisian kepada rakan-rakan, masyarakat kampung dan sesiapa sahaja yang berminat.

 

 

"Jika anda rasa boleh..ANDA BOLEH"

Lagu latar .... "Seruling Bambu " (Midi)                            

                                                SILA KLIK BUTANG UNTUK MASUK   

  SIAPA AKU   FAMILI   PENGALAMAN KERJA
  LUAR NEGARA    DALAM NEGARA   AYAH & IBU

 

  Paparan terbaik 800x600                    Laman Percuma                          Laman sekolah                        Lawat Lenggong                           Hubungi saya

                                                                                            

 

    

Anda pelawat  no:


FastCounter by LinkExchange

Sign Guestbook View Guestbook