From Harakahdaily http://harakahdaily.com Wawancara khas dengan ketua pembangkang Pahang WAWANCARA
WARTAWAN HARAKAH, HASHIM ABDULLAH BERSAMA KETUA
PEMBANGKANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG, YB USTAZ IDRIS
OMAR MENGENAI MISI PAS PADA PILIHANRAYA KECIL DUN
SANGGANG 1 APRIL AKAN DATANG. Soalan:
Bolehkan Ustaz jelaskan missi PAS kepada pengundi
Sanggang perlunya mereka mengundi PAS sedangkan dalam
masa yang mno/BN berkempen bahawa apa-apa keputusan
pilihanraya tidak mengubah pemerintahan BN yang sedia
ada. Ustaz Idris:
Kita sedang berusaha untuk menguatkan suara pembangkang
dalam Dewan Undangan Negeri Pahang dari lapan yang sedia
ada kepada sembilan kerana dalam dewan ini kita nak
pelbagaikan profesion. Maknanya di
sini ada ulama ada peguam, peguam ini kita dah ada
seorang perlu ditambah lagi kerana apa juga
pandangan-pandangan mengenai undang-undang dapat
disuarakan kepada dewan oleh ahlinya betul. Mungkin
kalau orang lain dia (BN) boleh bicarakan pendapat
undang- undang tetapi tidak sama dengan pendapat yang
dilahirkan ahli undang- undang, lebih- lebih lagi ahli
undang-undang yang sangat berpengalaman saperti Dato'
Hishamuddin Yahaya. Kita kini
sudah ada orang yang berpengalaman dalam politik jadi
dengan itu kita berkerjasama jalinan maklumat mengukuhkan
lagi suara kita di dewan untuk membuat persiapan bagi
menawan negeri Pahang 2004, Insyaallah. Soalan:
Keputusan pilihanraya Sanggang nanti sudah tentu
mempengaruhi misi PAS tawan negeri, dalam masa yang sama
Umno/BN juga mempunyai misi untuk meletakkan keyakinan
rakyat kembali. Ustaz Idris:
Kita sedang berusaha mendapat kepercayaan penuh rakyat
Pahang terutamanya melalaui saluran pegawai- pegawai
tinggi kerajaan. Mereka itu mengikuti perbincangan kita
di dewan sedangkan Umno/BN sedang mengalami proses
menurun melalui tindakan mereka sendiri. Soalan:
Selepas pilihanraya umum lalu kita dapati banyak
tindakan- tindakan yang dilakukan pemerintah Umno/BN yang
menekan dan menindas rakyat terutama apabila mereka
mengubah prosedur pengagihan borang Yayasan Pahang (YP)
yang secara jelas bertujuan menjaga kepentingan ahli Umno
berbanding memelihara hak seluruh rakyat. Ustaz Idris:
Yang pertama disini kita ingin menyedarkan wakil-wakil
rakyat BN kerana beberapa minggu sahaja kita menjadi Adun
kita telah pergi kekampung-kampung untuk melihat sendiri
kemajuan dan keperluan dan masalah orang kampung. Dengan
keperihatinan kita itu telah diketahui oleh wakil rakyat
BN dan mereka merasakan mereka selama ini telah cuai
dalam menjalankan tugas dan berikutan dengan itu Menteri
Besar membuat arahan kepada wakil rakyat BN hendaklah
turun padang melihat sendiri kehidupan rakyat. Kedua,
pengagihan biasiswa YP sebagaimana yang kita tahu
Timbalan Menteri Besar telah menyatakan dalam satu
ucapannya di Maran bahawa prosedur mendapat YP dengan
cara baru iaitu hendaklan borang itu diambil dari wakil
rakyat BN dan juga disahkan olek wakil BN sahaja. Dalam
artikel itu dinyatakan bahawa setiap rakyat yang warga
negara mendapat faedah biasiswa tanpa ada penekanan
daripada pihak-pihakmyang tertentu, dalam masa yang sama
BN bukan saja tidak mengikut perlembagaan tetapi juga
boleh memecah belahkan umat Islam. Soalan:
Bagaimana dengan penangguhan kuliah, tidakkan ia memberi
kesan besar kepada pengembangan kefahaman Islam di negeri
ini, apakah tindakan ini tidak salah dari aspek agama. Ustaz Idris:
mengenai penanguhan kuliah masjid itu bertentangan dengan
kehendak Al Quran kerana Al Quran menjelaskan bahawa
tidak wajar sesiapa menghalang orang untuk mendapatkan
pelajaran dalam masjid. Perbuatan
menghalang orang mengajar dalam masjid itu sangat besar
kesannya dan kalau kita lihat zaman penjajah pun tidak
bertindak sebagaimana yang dilakukan kerajaan Umno/BN
pada hari ini. Kalau kita
andaikan satu jam dihentikan kuliah masjid berapa ratus
masjid seluruh Pahang ini pihak berwajib bertanggung
jawab dihadapan Allah S.w.t. Ternyata
dari dua perkara ini (prosedur pengagihan YP dan
penanguhan kuliah) kerajaan Pahang tidak mengikut Al
Quran dan tidak mengikut perlembagaan, rakyat tidak boleh
berikan sokongan kerana boleh menyebabkan huru raka
kepada negeri. Soalan:
Terdapat kempen oleh BN kononnya PAS bukan memperjuangkan
Islam dan kepimpinan ulama kerana meletakkan calon bukan
dari kalangan bukan ulama, bagaimana penjelasan ustaz. Ustaz Idris:
pimpinan ulama sebenarnya bukan kesemua ulama jadi wakil
rakyat tetapi tindakan kita atas arahan ulama dan panduan
ulama. Kita (PAS) ada Majlis Syura Ulama itulah yang
membuat polisi yang berkait dengan Islam. Walaubagaimana
pun kita perlu kepada profesion yang lain, kita perlu
kepada ulama kita perlu kepada peguam, kita perlu kepada
orang yang mempunyai latar belakang pendidik dan
berbagai. Kalau pun
kita letakkan seorang ustaz yang tidak mempunyai
kedudukan (tak lulus) lebih baik kita calonkan seorang
mempunyai profesion yang kita boleh manafaatkan,
lebih-lebih lagi kita banyak ulama yang dapat memberi
peranan dan sumbangan dalam dewan. Dalam
kepimpinan ulama, apabila seseorang dipilih maka dia
tertakluk kepada dasar dan kepimpinan ulama, cuma orang
tidak faham, jadi soal calon PAS bukan ulama tak timbul. Kalau kita
letakkan sebagaimana BN calon ustaz yang tidak mempunyai
kewibawaan bahkan tidak mempunyai kelulusan maka itu
tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada Islam. Jika itu
berlaku akan memudahkan lagi pihak pemerintah kerajaan
negeri memutar belitkan kerana ustaz yang ada tidak
melahirkan sikap keilmuannya yang sebenar. Kita (PAS)
dengan pengalaman dan keilmuan yang ada tidak menjadi
masalah kepada kita berhadapan dengan ustaz yang
kelulusannya pun masih kabur. Apabila dibandingkan dengan
seorang peguam yang berkelibar dan kewibawaan yang cukup
akan dapat memberikan khidmat yang baik kepada
masyarakat. Soalan: Kita
melihat sekarang perlu sangat Dun Pahang diperkuatkan
dengan suara Islam sebagai check and balance terhadap
tindak tanduk pentadbiran negeri yang adil, berketelusan,
berwibawa dan bermoral, bagaimana itu boleh dilakukan. Ustaz Idris:
Kita rasakan memangkan perlu kepada seorang undang-undang
yang berpengalaman menambahkan kepada orang yang sedia
ada undang- undang. Sekarang
kita ada satu (Adun Kuala Pahang), Insyaallah dengan
seorang lagi maka kepercayaan masyarakat lebih kuat dan
kita pun nak melahirkan seorang yang arif tentang
undang-unadang negeri Pahang maka sudah tentulah pendapat
itu lebih matang. Mengenai
hukum syarak kita dah cukup dengan anggota dalam dewan
yang ada kerana dalam perkara-perkara yang berbangkit ada
kawan untuk berbincang. Soalan:
Pemerintahan Umno/Bn nampaknya ketandusan moral. Perkara
ini dapat dibuktikan apabila berlaku suatau peristiwa
yang amat menjijik (aksi lucah) oleh Menteri Besar Pahang
sendiri pada hari penamaan calon tempoh hari, bagaimana
komen ustaz. Ustaz Idris
: Sebenarnya Islam ini sebagaimana yang di tonjolkan oleh
Baginda Rasullah s.a.w iaitu dalam seruan dakwahnya
menitik beratkan soal akhlak yang baik. Dengan
akhlak itulah baginda dapat kepercayaan ummah,
kepercayaan orang bukan Islam terhadap Islam yang boleh
memaut hati mereka kepada Islam sebab itu kita dapat
tawan Kelantan dan Terengganu. Ada pun
Umno/BN tidak jujur dengan Islam maka mereka berpura-pura
hendak melaksanakan Islam sebab itu ternyatakan apabila
Umno menyatakan Islam kepada bukan Islam menambah takut
orang bukan Islam kepada Islam. Kini, kita
dapati parti-parti kompenan BN yang terdiri MCA dan MIC
duduk dalam dewan mengecil dan merendahkan Islam dengan
ajaran yang disampaikan Umno kepada mereka. Peristiwa
yang dilakukan Menteri Besar (isyarat lucah) kepada
penyokong BA di pusat penamaan calon tempoh hari amat
menjijikkan dan memalukan umat Islam dan juga bukan
Islam, ini bukan dari ajaran Islam. Tidak
sewajarnya perkara itu berlaku lebih-lebih lagi disaat
kita nak memilih pemimpin. Kalau kita berpeggang pada
demokrasi tentulah kita tidak marah kepada pembangkang
kerana itu hak mereka menyuarakan pendapat mereka. Tetapi,
pemimpin Umno macam ini lahir dari ajaran Islam ala Umno
yang pada kesudahannya tidak memiliki akhlak yang mulia,
kita amat malu, bukan orang PAS sahaja patut malu tetapi
juga orang Umno patut malu. Soalan: Satu
lagi kempen Umno/BN yang menghasut rakyat tak perlulah
rakyat memilin calon PAS kerana tak mampu bawa
pembangunan kepada rakyat. Ustaz Idris:
Pembangunan kita bawa bukanlah pembangunan sebagaimna
yang diutarakan Umno/BN. Kita ada pembangunan rohani dan
pembangunan jasmani. Umno lupa
bahawa pembangunan rohani lebih penting dari pembangunan
jasmani kerana kalau kita dapat bangunkan rohani
seseorang dengan sendirinya pembangunan jasmani dapat
dibaiki. Kita tidak
dapat membangun dengan keadaan kita membangkang tetapi
dengan hasrat untuk menjadikan negeri Pahang sebagai
negeri yang ketiga untuk kita tawan selepas Kelantan dan
Terengganu, pada ketika itu kita membangun dengan lebih
baik lagi dengan apa yang ada. Kalau kita
tengok Kelantan dan terengganu bangun dengan Islam kita
akan dapat selamatkan wang kerajaan, wang negeri untuk
manafaat rakyat. Ada pun jika
ada tuduhan kita tak membangun dalam situasi sekarang
kerana ia diakibatkan oleh kezaliman oleh pihak kerajaan
yang ada. Apabila saja dimenangi oleh altenatif mereka
menyekat sebarang pembangunan ini bukan berdasarkan
kemenangan. Penekanan
seperti ini nampaknya semakin menyedarkan rakyat untuk
bertindak keluar dari kezaliman Umno/BN itu dan menyokong
perjuangan altenatif. Dalam BN pun
tak banyak kemajuan dibuat untuk rakyat yang banyaknya
ialah perkara-perkara yang memewah pemimpin. Kemisikinan
rakyat tidak mampu diatasai, apakala saya menang saya
dapati di kawasan saya lebih dari seratus orang
memerlukan bantuan, ini tak dapat diselesaikan sejak mula
merdeka lagi. Soalan:
Apakah harapan dan pesanan buat pengundi Sanggang. Sepanjang kempen dua hari lalu saya dapati sokongan rakyat bertambah lebih dari semasa pilihanraya umum lalu. Tak kira bangsa mereka sudah faham tak ada ruginya bersama PAS dan Islam kerana keadilan yang telah dibuktikan oleh pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu. |