From Sanggang By Election Page

Undilah Barisan Alternatif, berjuang untuk mendapat peniktirafan peperiksaan Unified Examination Cert.

Ketua Pemuda DAPSY Cawangan Pudu Brunei, Kuala Lumpur, Sdr. Susan Tan menyeru penggundi di Sanggang menyokong calon PAS, Dato Hishamuddin Yahaya.

Menurut beliau, undi di tangan setiap penggundi Sanggang akan mempengaruhi kebahagian hidup sendiri and hak-hak generasi yang akan datang. Di samping itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan mengiktiraf Unified Examination Cert, satu sijil yang dikeluarkan oleh Chinese Independent High School.

Jesteru itu, pengundi di Sanggang perlu menyokong seorang calon yang berwibawa. Apabila bercakap mengenai insiden kolej-kolej yang tidak digalakan mengambil pelajar dari Chinese Independent High School, Susan Tan membidas sikap pengendalian masalah oleh kerajaan. Beliau berpendapat, sikap pengurusan yang kurang efektif dan tidak serius itu menyebabkan pelajar lepasan UEC tidak boleh memperolehi kelayakan untuk memasuki universiti tempatan.

Sementara itu, kerajaan bersikap acuh tak acuh terhadap perkara ini. Dalam perkembangan lain, Menteri Pendidikan berkata bahawa kolej enggen menerima kemasukan pelajan lepasan UEC tidak menwakili pendirian kerajaan. Susan Tan mengkritik sikap tidak bertanggang jawab Menteri Pendidikan dengan memberi janji mulut telah diambil sebagai sudah menyelesaikan masalah. Ramai pelajar lepasan UEC yang mempunyai keputusan yang cermelang gagal memasuki institut pengajian tinggi kerana Kementerian Pendidikan yang enggan mengiktiraf UEC sedangkan ia diterima di NUS dan NTU, dua universiti Singapura yang mempunyai Ranking lebih baik daripada Universiti Malaya.

Oleh yang demikan, DAPSY Pudu Brunei menyeru kerajaan supaya mengiktiraf UEC sebagai salah satu kelayakan kemasukan ke institut pengajian tinggi. Dengan ini, pelajar lepasan UEC mempunyai lebih banyak pilihan ketika meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dan mereka juga tidak payah membayar yuran yang tinggi semata-mata ingin meneruskan pelajaran di luar negeri.

Langkah ini membebankan tanggungan ekonomi keluarga dan meyebabkan mata wang tukaran asing negara hilang begitu sahaja. Pada masa yang sama, kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian seranatu, tetapi dengan tidak mengiktiraf UEC, ia bercanggah dengan polisi tersebut.

Selain itu, Susan Tan mengatakan apabila PAS memerintah kerajaan Kelantan dan Terengganu, mereka tidak menghalang kaum cina dari memngamalkan budaya sendiri. Tetapi sesetengah menteri kabinet telah menggunakan isu kehidupan biasa kaum Cina akan terhakis ketika Pilihanraya umum November lepas.

Namun, langkah kerajaan PAS Terengganu yang terbuka itu telah membuktikan bahawa tuduhan menteri kabinet MCA adalah tipu helah yang mengelirukan pengundi.

Beliau berharap pengundi Sanggang supaya jangan dipengaruhi oleh tipu helah mereka kali ini.