From Harakahdaily http://harakahdaily.com

Pemuda BA Buat Laporan Polis

Pemuda BA membuat satu lapuran polis di Balai Polis Temerloh, petang semalam lalu berikutan perlakuan tidak sopan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob semasa penamaan calon di Sanggang.
Aduan dibuat oleh Ketua Pemuda KeAdilan Pahang, Saudara Zakaria Abdul Hamid.

Turut mengiringi beliau, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan, Ahli Majlis Tertinggi Parti KeAdilan, Goballakrisnan, Ketua KeAdilan Maran, Mohd Nizam Abdul Hamid serta penyokong altenatif.

Mereka melahirkan kekesalan di atas sikap tidak senonoh yang menunjukkan isyarat lucah pada hari penamaan calon, Selasa lalu.

Menurut jurucakap, Adnan boleh didakwa dibawah akta Kesalahan Kecil 1955 (act 336) sek14.