From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com Memang Betul Pemimpin UMNO B****** Assalamualaikum, Teringat saya akan
peristiwa Guru Besar saya pada awal 70 an. Ketika itu
saya masih sekolah rendah. Dalam kelas saya ada seorang
rakan yang yang agak bodoh. Air liur sentiasa meleleh.
Satu hari Guru Besar(GB) masuk dan mengajar mata
pelajaran tawarikh (mata pelajaran sejarah hari ini).Dia
tanya siapa yang mencipta telefon. Rakan saya itu tak
dapat jawab. Lalu ditampar oleh GB dan dilemparkan dengan
kata-kata yang cukup hina. "awak ini bodoh, tolol,
bahlul, bangang dan bongok tahan sikit pada kucing,
kucing makan ikan mentah awak makan ikan bergoreng.
Itulah beza awak dengan kucing" Kata-kata ini saya quote
kerana masih segar dalam ingatan saya. GB saya ini orang
berbangsa Kampar yang berasal dari Indonesia. Dia sangat
garang ketika mengajar. Anaknya sendiri sekelas dengan
saya ditampar sehingga minta ampun dan maaf dengan
ayahnya. Saya juga biasa ditampar. Oleh kerana takut saya
belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya dapat A
mata pelajaran tawarikh dalam peperiksaan Penilaian
Darjah 5. GB dan rakan saya itu kedua-duanya sudah
meninggal dunia (al-Fatihah untuk mereka) Saya cerita peristiwa
ini bukan nak ungkit tentang GB saya. Saya berterima
kasih kepadanya. Kerana garang dan ketegasan beliau saya
dan anaknya serta rakan-rakan yang lain berjaya hingga ke
Universiti. Saya cerita ini nak bandingkan kata-kata
arwah GB saya dengan para pemimpin umno hari ini. Memeang
mereka sangat bodoh, bahlul, tolol, bangang dan bongok
tahan sikit pada kucing. (meminjam kata-kata arwah GB
saya terhadap rakan saya) Apa hujahnya kebodohan dan
bongok mereka. Contoh KM Melaka Ali
Rustam. (KM - baca Kaki Merapu). Kita ingatkan dia cerdik
pasal muka nampak macam cerdik tapi sebenarnya bongok.
Cuba kita lihat kenyataannya di akhbar arus perdana.
Sudah beberapa kali dia mempamerkan ketololanya secara
melampau. Tak payah ulas semua orang tahu isu ini. Lihat
pula Taiko Adnan MB Pahang (MB - baca Menteri Brutal)
sudahlah sentiasa mempamerkan gaya tidak cerdiknya
kemudian tunjuk pula melalui kelakuan tidak senonohnya.
(malas nak cerita sebab teruk sangat yang terbaru semasa
penamaan calon DUN Sanggang dia tunjukkan isyarat lucah
beberapa kali melalui tangannya) Masya Allah malunya
siapa yang jadi rakyat Pahang. Ini bukan kerana apa.
Semuanya kes "ampu bodek" secara berlebihan.
Nak tunjuk pada Mamak Tongkang mereka hebat dan nak dapat
tempat MT Mei nanti. Kalau nak ampu bodek biarlah
berpada-pada. Ibarat macam orang jack kereta kerana tayar
bocor dan nak tukar tayar lain. Biasanya orang jack
kereta sekadar membolehkan tayar untuk dikeluarkan dan
ganti tayar lain. Tapi kalau kita jack tak henti-henti
kereta boleh terbalik dan menghempap kita. Inilah budaya baru umno.
"Ampu bodek" berlebihan dan "setuju
sokong". Akhirnya para pemimpin yang dibodek jatuh
dan yang membodek pun jatuh sama. Kalau kita jack kereta
berlebihan kereta terbalik dan kita pun kena hempap sama.
Nasib tak baik boleh mati. Orang yang menegur dan
mengkritik dianggap sebagai pengkhainat negara, pembelot,
agen asing, tali barut, tak setia pada negara dsb. Inilah
cara Mamak Tongkang melabelkan sesiapa yang menegurnya. Rakyat khususnyanya
orang umno diajar dan diajak memuji pemimpin secara
berlebihan. Saya merasa takut kadang-kadang pujian itu
sudah menjadi pujaan pula. Bayangkanlah pemimpin dipuja
mengalahkan nabi. Berasa gerun saya apabila kita dikerah
untuk hadir bagi meramaikan majlis PM dan TPM secara
rasmi. Kadang-kadang MB/KM berucap hingga 15 minit memuji
dan memuja Mamak Tongkang. Kita merasa bimbang dari segi
iman dan akidah mereka. Ingat kata-kata Sayyid Qutb:
"iman pada tubuh badan seseorang amat mudah
terlucut, lebih mudah daripada melucutkan sepasang
pakaian" Manusia boleh terlucut
iman dengan sebab tiga perkara pertama perbuatan, kedua
perkataan dan ketiga iktikad. Terlucut iman dengan sebab
perbuatan contoh seperti masuk agama kristian, hindu,
menyembah patung, berhala dsb. Terlucut iman dengan sebab
perkataan contoh memperlekehkan hukum Allah SWT, menghina
Sunnah Nabi SAW, mencerca alim ulamak, memuja manusia
dsb. Terlucut iman dari segi iktikad contoh mengatakan
alam ini terjadi dengan sendirinya, beriktikad bahawa
tiada hidup sesudah mati, tiada pembalasan syurga dan
neraka dsb. Kita bimbang para pemimpin umno yang bongok
memuji Mamak Tongkang sehingga tahap memuja macam dia
maksum (tak buat salah dan dosa). Apalah sihir yang
digunakan oleh Mamak Tongkang ini hingga ulamak umno pun
jadi bongok. Kekuatan sukarno pada songkoknya, kekuatan
Tun Razak pada tongkatnya dan kekuatan Mamak Tongkang ini
pada Hasmahnya. Kalau tiada Hasmah mungkin kekuatannya
kan hilang dan lumpuh sama sekali (wallahhua'lam) Cuba kita lihat tafsiran
Surah al-Fatihah atau Fatihatul Kitab atau disebut juga
Umul Kitab. Lihat Syyid Qutub - Tafsir Fil Zilali Quran,
Prof Dr Hamka - Tafsir al-Azhar , Tafsir Ibnu Kathir dan
Tafsir Ahmad Sondhaji Haji Muhamad tentang ayat
"alhamdulillah hirrabil alamin". (segala puji
bagi Allah SWT tuhan sekalian alam) Apa tafsiran mereka.
Sebagai ahli Muffasirin mereka berpendapat bahawa segala
puji-pujian hanya untuk Allah sahaja. Ini bermakna untuk
manusia kita tidak layak memuji apa lagi memuja mereka.
Kepada manusia, Rasulullah SAW mencadangkan supaya berdoa
ke atas mereka. Bukan memuji ke atas mereka. Maknanya
kita tidak berhak untuk mendapat pujian apa lagi pujian
secara berlebihan. Orang mungkin tidak bersetuju pendapat
ini. Mereka ini ahli Muffasirin, kita ini siapa. Cuba
lihat matan ayat sahaja "alhamdulillah"
maksudnya segala puji bagi Allah. Sudah cukup jelas dan
terang segala puji hanya untuk Allah SWT. (dalam ilmu
tafsir matan ialah makna ayat secara terang/kasar -
mafhum ialah makna di sebalik ayat, yang ini perlu kepada
tafsiran untuk lebih jelas atau yang tersirat di sebalik
ayat) Cuba kita lihat budaya
pemimpin umno yang bongok tadi mereka puji dan puja Mamak
Tongkang secara melampau yang boleh membawa kepada
terlucut iman melalui perkataan. Saya tidak kata pemimpin
umno seperti ini murtad, tapi ini hanya sebagai
penjelasan dan buatlah penilaian sendiri tentang pemimpin
umno yang bongok ini. Orang bongok tidak ada kekuatan
lain melainkan mengampu. Sebab itu Mamak Tongkang cari
orang seperti ini. Mana ada pemimpin umno yang cerdik
lagi. Semua habis kena buang. Yang tinggal hanyalah yang
bodoh, bahlul, tolol, bongok, rasuah, jahat dsb. Mamak
Tongkang simpan mereka sebab boleh diperkudakan macam
kuda kepang. Sebab itu orang kata "dalam masyarakat
yang semua buta orang bermata satu boleh jadi raja".
tak hairanlah Mamak Tongkang ini boleh jadi raja di
kalangan para pengikut yang bongok. Secara tak langsung
budaya "divide and rule" (pecah dan perintah)
dapat disuburkan dalam perkampungan umno. Kalau kita kaji
secara terperinci kita akan dapat mengesani taktik pecah
dan perintah ini. Memang hebat. Inilah kelicikan Mamak
Tongkang. Orang umno tak nampak mereka sedang
dipecahbelahkan. Yang kita bimbang pecahbelah dalam
perkampungan umno akan membawa pecahbelah orang Melayu
keseluruhannya. Kita suka kalau umno hancur tapi kita
bimbang orang Melayu akan hancur juga. Raja Mendeliar berjaya pecahbelahkan orang Melayu dengan mencucuk raja dan bendahara Melaka. Akhirnya raja tak percaya bendahara, raja bunuh keturunan bendahara. Melaka jadi lemah. Orang Portugis yang telah sedia ada di Melaka menunggu kesempatan seperti ini. Mereka serang Melaka ketika orang Melayu Melaka sedang lemah dan berpecah belah. Itu cerita sejarah. Bagaimana dengan orang Melayu hari ini. Apakah sejarah ini akan berulang lagi. Mudah-mudahan tidak. Mungkin Allah SWT nak jatuhkan umno. Maka dibiarkan umno dipimpin oleh orang bongok. Mungkin dengan kehancuran umno Islam akan bangkit di negara tercinta ini. Zaman umno sedang mengganas dan dipimpin oleh orang bongok, sesiapa yang hendak berpegang pada Islam macam menggengam bara api. Mereka sedang berusaha melumpuhkan aktiviti masjid dengan pelbagai cara dan kaedah. |