From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com

DATOK ADNAN MEMALUKAN RAKYAT PAHANG

Oleh MSO

Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Adnan Yaakob di perkarangan Dewan Tun Razak di Majlis Perbandaran Termeloh semalam patut difikir semasak-masaknya oleh seluruh rakyat Pahang amnya dan rakyat Pahang dalam DUN Sanggang khususnya. Perbuatan dan kelakuan Adnan itu sudah dikira melampau dan menyalah tatacara dan adat budaya orang Melayu. Apakah kelakuan beliau itu mencerminkan beliau seorang pemimpin yang bersih, bermoral dan mempunyai akal budi yang tinggi?

Kelakuan beliau itu sungguh memalukan orang Melayu dan kaum muslim di negara ini. Tidak sepatutnya seorang Menteri Besar yang menjadi pemimpin kepada sebuah negeri bertindak demikian. Apa yang dilakukan oleh Adnan hanya layak dilakukan oleh penyokong remaja yang gila dan ala rocak. Kalau penyokong remaja yang lakukan mungkin kita tidak akan berkecil hati dan wajar apabila mereka tidak bisa mengawal perasaannya. Tetapi kerana ia dilakukan oleh seorang MB, ia menimbulkan banyak persoalan dan amat dikesalkan.

Apakah Adnan tidak waras ketika itu? Atau sikap demikian merupakan budaya beliau bila menghadapi sesuatu suanana yang menekan perasaan? Kenapa beliau boleh bersikap demikian dan tergamak menunjukkan emosinya kepada penyokong Barisan Alternatif dengan demikian buruk dan busuk sekali? Kelakuan beliau benar-benar memeingkan kepala orang ramai. Dan kita juga merasakan Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi yang ada bersama tidak bersetuju dengan cara Adnan itu.

Seharusnya beliau patut sedar, secara tidak langsung kelakuan jelek beliau itu telah menjatuhkan maruah rakyat Pahang. Seorang MB tidak sepatutnya mengajar rakyat demikian rupa dan mendedahkan perangai buruk di khalayak. Beliau sepatutnya menunjukkan akhlak yang tinggi dan bersih. Orang akan boleh membuat berbagai tanggapan ke atas rakyat Pahang. Kalau seorang MB boleh melakukan demikian, rakyat bawahan tentu tidak merasai malu untuk bertindak lebih daripada itu.

Sebelum ini kita tidak mudah mempercayai kalau Adnan di lebelkan sebagai samseng dan crook. Tetapi dengan berlaku apa yang berlaku semalam, ia megesahkan bahawa Menteri Besar Pahang memang benar-benar samseng dan tidak bermoral.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, seorang Menteri Besar mempunyai tabiat dan perangai seburuk itu di khayalak ramai. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana pusat pencalonan samada dalam pilihanraya umum atau kecil tercetus kejadian begitu.

Sudah sampai masanya untuk rakyat Pahang memikirkan apa yang berlaku. Rakyat Pahang perlu membuat sesuatu tindakan ke atas MB mereka. Tindakan paling wajar ialah mengnyahkan beliau dari kerusi MB. Dan ketika paling baik untuk mengajar sang samseng itu ialah di dalam pilihanraya kecil Sanggang ini. Pengundi Sanggang boleh mewakilki penduduk Pahang untuk menyatakan ketidaksenangan kepada Adnan Yaacob. Cara dan tindakan nya ialah dengan menewaskan calon BN di Sanggang.

Tidak ada guna BN memilih seorang calon yang berpendidikan agama, Redzwan Harun kalau MBnya seorang yang buruk perangai dan moralnya. Kebaikan dan kealiman yang ada kepada Redzwan tidak akan sampai ke mana, sebab yang menjadi ketuanya ialah Adnan Yaacob. Sejuta kebaikan hendak dilaksanakan oleh Redzwan tidak akan termakhbul kalau MBnya berperangai macam Adnan itu.

Sangatlah elok kalau 1 April nanti rakyat Pahang menjadikan masej awal untuk menyingkirkan Adnan Yaacob daripada Menteri Besar Pahang. Carilah tokoh lain di kalangan Umno dan BN yang mempunhjyai perangai dan budaya serta akal budi yang tinggi. Jangan Adnan lagi…. Malu!

Sultan Pahang juga patut memikir kembali apakah layak Menteri Besar seperti Adnan itu terus memegang jawatan MB Pahang?