From Mahazalim http://mahazalimtwo.tripod.com

Baca sebelum pilihanraya kecil Sanggang -Siri 2

Oleh Cicak (yang mana?)

Mahathir Lidah Bercabang Lagi!

“Nampaknya pembangkang berjaya dalam pilihanraya yang lalu kerana fitnah mereka telah memecah-belah orang Melayu”, kata Mahathir Si Lidah Biawak.
Siapa sebenar kaki penabur fitnah? Kalau tidak Si Lidah Biawak dan kuncu-kuncunya. Fitnah siapa sebenarnya tentang kafir-mengkafir

Dua imam

Undi masuk syurga

Bendera parti di letak bersama jenazah

Sekiranya PAS memerintah orang bukan Islam akan diwajibkan bersunat
Sekiranya pembangkang pimpinan PAS memerintah orang bukan Islam yang minum arak akan dihukum, orang bukan Islam akan kena potong tangan dan sebagainya

Hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS ketinggalan zaman dan rakyat akan rugi, maka kaum Cina akan ikut sama mundur.

Apakah semua ini bukan fitnah oleh Lidah Biawak Mahathir dan kuncu-kuncunya dari Utusan Malaysia dan beberapa “Tokoh Agama UMNO” yang menjamin syurga untuk ahli UMNO seperti Dusuki, Shafie, Yusof yang tanpa segan silu kepada Allah SWT menjilat Si Lidah Biawak ini.

Fitnah yang paling besar (kubra) yang terang-terang dilakukan oleh Si Lidah Biawak Mahathir ialah apabila dia memfitnah musuh politiknya dengan pertuduhan zina dan liwat dengan merosak seluruh perundangan tentang “persaksian” dalam pengadilan Islam. Apa yang lidah bercabangnya anggap sebagai benar mesti dibenarkan oleh seluruh pemimpin UMNO hatta sehingga mahkamah yang kononnya bebas juga mesti membenarkannya.

Persaksian dari mulut seperti Mahathir wajib ditolak kerana ternyata banyak kali berbohong dan pendusta. Semasa berita tentang Anwar dicederakan Rahim, Si Lidah Biawak Mahathir ini jugalah yang menuduh Anwar mencederakan diri sendiri (self inflicted).

Orang yang mempercayai Si Lidah Biawak Mahathir akan rosak aqidah mereka. Kerana kaedah pengadilan dalam kes-kes zina dan liwat dalam Islam adalah jelas yang pasti cara Mahathir mencanangkan isu Anwar Ibrahim terang-terang perbuatan fitnah yang besar!

Bayangkan kes rasuah Anwar yang tidak melibatkan wang dan penyalahgunaan kuasa berjalan begitu memalukan apabila mahkamah juga ikut serta menjadi alat/jentera penyebar fitnah Mahathir Si Lidah Biawak.

Jika Anwar dituduh menggunakan pegawai polis untuk menutup kes zina dan liwatnya - maka apa yang perlu dibuktikan terlebih dahulu ialah apakah zina dan liwat dilakukan oleh Anwar menurut hukum Islam. Ini tidak, kes yang dikatakan rasuah berjalan dahulu. Ini akan bermakna bahawa Anwar terlebih dahulu bersalah dalam kes zina dan liwat. Menurut kehendak Mahathir, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk melindung orang yang kena fitnah, sebaliknya di Malaysia ini tidak berlaku. Kerana orang yang mengadu difitnah yang dihukum rasuah!!! Undang-undang apa ini, macam mana rakyat akan percaya dengan polis, kalau ketuanya sendiri adalah penjenayah. Jelas polis adalah dibawah arahan dan telunjuk Mahathir Si Lidah Biawak!

Tidak hairanlah Si Rahim Nor dapat tanah berharga di Pahang (tanya Khalil Yaacob, Sultan Pahang dan Daim).

Tidak hairan jugalah Utusan mencuba sedaya mungkin untuk jadikan Rahim “hero” kerajaan Mahathir Si Lidah Biawak dalam rangka memulih imej polis. Macam mana Utusan nak pulihkan imej polis sedangkan Utusan sendiri memiliki imej cukup buruk bukan penyebar fikiran rakyat sebalik penyebar fitnah dari mentornya Mahathir Si Lidah Biawak.

Keadilan jenis apa? Yang Si Rahim penjenayah dihukum dua bulan denda RM2000 sedang Anwar dihukum 6 tahun kerana takrif rasuah oleh mahkamah yang memalukan. Tiada kewibawaan.

Mahkamah Malaysia hari ini dan hakim yang kononnya mendukung keadilan lebih buruk dan busuk daripada anjing kurap!