From Sanggang By Election Page

Antara Ayr di Scotland dan Sanggang di Malaysia

Oleh Orang Utara, Scotland

Ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Hari Raya Haji yang lalu, telah berlangsung satu Pilihanraya Kecil di Ayr yang terletak di Barat Daya Scotland. Pada pilihanraya umum yang lalu, kerusi di Ayr dimenangi oleh Labour Party dengan majoriti kecil iaitu sebanyak 25 undi.  Pilihanraya ini cukup penting kerana ia menggambarkan sokongan yang berterusan daripada rakyat Scotland atau sebaliknya kepada Labour Party.  Sebab itulah Tony Blair, Perdana Menteri Britain telah turun ke Edinburgh untuk memberi sokongan moral kepada jentera pilihanraya Labour Party demi mempertahankan kerusi tersebut.

Sebelum itu, Labour Party party telah berusaha untuk memansuhkan akta yang menghalang pembelajaran bagi mempromosikan  homoseksual dan lesbian di sekolah-sekolah dengan menggunakan wang rakyat.  Pihak gereja dan golongan umat Islam yang minoriti bangkit menentang usaha tersebut kerana bimbang masa depan anak-anak mereka di sekolah-sekolah.  Kesannya, pihak gereja dan orang-orang Islam yang prihatin telah turun berkempen di Ayr supaya pengundi-pengundi tidak memberi undi kepada Labour Party.  Keputusannya, Labour Party telah kalah di tempat ketiga selepas Conservative Party dan Scottish National Party.  Mereka akan berfikir berulang kali pada masa depan untuk membuat sebarang keputusan walaupun ianya hanya tidak disenangi oleh golongan minoriti.

Kalaulah Labour Party telah membuat kesilapan yang tidak disenangi oleh minoriti rakyat Scotland dan mereka telah dihukum dengan kekalahan di Ayr, bagaimana dengan Barisan Nasional (BN) yang telah membuat kesilapan, kezaliman dan kemungkaran yang melampau kepada majoriti rakyat Malaysia? Hanya pengundi-pengundi di Sanggang boleh menjawabnya…